KUALA LUMPUR: Dua lagi daerah di Sabah terjejas dengan banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak awal petang tadi, sekali gus menyebabkan jumlah mangsa dipindah di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu sedikit meningkat manakala keadaan banjir di Johor bertambah pulih.
Di SABAH, Daerah Beaufort dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu dengan 690 mangsa daripada 204 keluarga dipindahkan ke 14 PPS berbanding 627 orang daripada 188 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan ia menjadikan setakat ini lima daerah terkesan dengan Telupid paling teruk terjejas melibatkan sebanyak 453 orang daripada 129 keluarga dipindahkan ke lapan PPS, diikuti Paitan sebanyak 122 orang (44 keluarga) di tiga PPS dan Lahad Datu 45 orang (12 keluarga) di satu PPS.
"Sementara itu di Beaufort, seramai 64 orang (18 keluarga) dan Beluran enam orang (satu keluarga), masing-masing dipindahkan di sebuah PPS," menurut kenyataan itu.
Jabatan Kerja Raya Sabah memaklumkan Jalan SRK Batu 60 dan Jalan Suasa ditutup untuk semua kenderaan akibat dinaiki air dan tiada jalan alternatif untuk pengguna jalan raya buat masa ini.
Sementara itu, beberapa kawasan di pantai barat Sabah antaranya di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran turut dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan pada awal petang ini.
Tinjauan Bernama mendapati antara kawasan di Kota Kinabalu dilanda banjir kilat ialah Bundusan, Kolombong, Kepayan, Lido, Sepanggar dan Inanam; Penampang (Penampang Lama, Taman Delima dan Taman Penampang); dan Tuaran (Telipok dan Gayang).
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir pada 4.40 petang tadi melibatkan pantai barat Sabah, Sandakan, Telupid dan daerah di kawasan pedalaman termasuk Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 976 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,106 orang, petang tadi.
Menurut JPBN, dua PPS telah ditutup petang tadi iaitu Sekolah Kebangsaan Mawai di Kota Tinggi dan Sekolah Agama Sri Bertam di Batu Pahat manakala 10 PPS yang menempatkan 272 keluarga masih beroperasi di tiga daerah terjejas.
"Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 872 orang, diikuti Kota Tinggi (41) dan Segamat (63)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 18.72 meter dan menunjukkan trend peningkatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Daerah Beaufort dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu dengan 690 mangsa daripada 204 keluarga dipindahkan ke 14 PPS berbanding 627 orang daripada 188 keluarga petang tadi. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.