TANGKAK: Hasrat seorang pemuda untuk menikmati hasil pertama 1,500 batang pokok pisang tanduk tidak tercapai apabila kesemua pokok pisang yang ditanam di kebun Kampung Kurnia Sakti, Bukit Gambir, di sini ditenggelami air, Isnin lepas.
Mohd Shahril Heri, 22, berkata kebun seluas 0.809 hektar yang diusahakan sejak awal tahun lepas itu, dinaiki air sehingga paras lebih 2.5 meter (m) susulan limpahan air Sungai Muar sejak Isnin lepas.
"Sebelum ini saya begitu gembira apabila melihat pokok mengeluarkan hasil (buah pisang), hampir setahun juga menunggu, namun saya tidak menyangka air boleh naik tinggi hingga memusnahkan tanaman yang saya anggarkan kerugian hampir RM10,000.
"Tetapi saya menganggap ini semua sebagai satu cabaran dan tidak akan mudah berputus asa. Saya reda, apabila surut nanti saya akan usahakan semula kebun pisang itu," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini pada Ahad.
Tinjauan Bernama mendapati kediaman Mohd Shahril yang berada kira-kira 300m dari Sungai Muar tidak ditenggelami kerana berada di tempat tinggi, namun halaman di depan rumahnya ditenggelami air hingga ke paras pinggang.
Seorang lagi penduduk Kampung Kurnia Sakti, Mansor Mahmood, 57, berkata hujan tidak lebat pada Ahad lalu, namun air sedikit demi sedikit mula memasuki laman rumahnya dan pada ketika itu, beliau membuat persiapan menyelamatkan dokumen penting selain meletakkan peralatan elektrik di tempat tinggi.
"Saya seperti boleh agak air akan naik kerana pada 2011 juga situasi sama berlaku, malah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga selalu memberi peringatan dan membuat pemantauan di sekitar kawasan ini kerana ia berhampiran dengan Sungai Muar.
"Sejak Ahad saya tidak tidur lena dan pada 8 pagi, Selasa, air naik dengan deras sehingga paras pinggang, mujur saya sudah bersiap sedia membungkus barang penting dengan plastik," katanya sambil menambah air ketika ini kelihatan semakin susut memandangkan cuaca di sekitar daerah ini semakin baik.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar berkata lebih 10 kampung di sekitar Bukit Gambir dinaiki air antaranya Kampung Kurnia Sakti, Kampung Teluk Penchu, Kampung Merigi dan Kampung Penchu.
Menurut beliau setakat ini dua kampung iaitu Kampung Merigi dan Kampung Pengkalan Kota terputus bekalan kerana laluan ditenggelami air.
"Terdapat 10 pusat pemindahan sementara yang beroperasi di Bukit Gambir menempatkan 549 mangsa daripada 169 keluarga dan bomba dari semasa ke semasa akan membuat pemantauan di kawasan berisiko," katanya.
Terdahulu, Mohd Farizan menyampaikan bantuan makanan dan barangan keperluan, sumbangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Kurnia Sakti bagi meringankan beban mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022

Ketua BBP Bukit Gambir Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar (depan) melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir di Kampung Kurnia Sakti. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.