MELAKA: Bangunan warisan dan sejarah yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Melaka akan dibaiki atau ditambah baik bagi memelihara dan memulihara aset berkenaan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum TMM 2024 dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan UNESCO.
Beliau berkata kerja-kerja berkenaan juga perlu mendapatkan khidmat nasihat atau rujukan daripada Jabatan Warisan sebelum dilaksanakan bagi mengelak pengiktirafan yang diterima daripada UNESCO ditarik semula.
"Memang ada beberapa kos yang kita peruntukkan bagi memelihara dan memulihara bangunan warisan dan sejarah di Melaka khususnya dalam kawasan UNESCO sempena TMM 2024 kerana terdapat kerosakan kecil yang dilakukan pengunjung seperti menconteng dinding.
"Sebagai contoh, kerja-kerja berkenaan akan melibatkan bangunan warisan dan sejarah di sekitar Banda Hilir seperti Stadhuys, Kota A Famosa dan Jonker Walk," katanya kepada pemberita pada Melaka Heritage Celebration 2023 sempena Sambutan Ulang Tahun ke-15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO di Banda Hilir, di sini, malam tadi.
Majlis sambutan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Shadan berkata, MBMB juga meletakkan pegawainya di sekitar kawasan tapak UNESCO bagi memantau sebarang aktiviti vandalisme.
Selain itu, beliau berkata, MBMB juga sedang menaik taraf semua tandas awam dalam kawasan pentadbirannya terutama di lokasi tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir bagi memastikan keselesaan pengguna.
"Kita mahu memastikan semua tandas berkenaan mencapai taraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi seperti disarankan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan sekali gus memberi imej yang baik kepada pelancong tentang aspek kebersihan tandas awam di negeri ini.
"Di MBMB juga, kita mempunyai satu tandas yang menerima Anugerah Standard Pelancongan Asean Kategori 'Asean Public Toilet Standard' Peringkat Kebangsaan bagi Tandas Graha Makmur," katanya.
Terdahulu, lebih 100 artis kebudayaan terlibat menjayakan persembahan 'Musical Malacca Heritage of Magnificence from the 15th Century' serta persembahan tarian dan nyanyian melibatkan pelbagai etnik di Melaka antaranya Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Chitti dan Portugis.
Turut terlibat pelakon Ashraf Muslim dan Vanida Imran serta bekas jaguh silat negara Mohd Al-Jufferi Jamari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Shadan berkata, usaha memperbaiki dan menambah baik bangunan warisan dan sejarah yang diiktiraf UNESCO di Melaka akan dilakukan secara berperingkat sebelum TMM 2024 dan mengikut SOP ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [10/3/2025] – Banjir Sabah & Sarawak | Cetus kekecohan | ASEAN
AWANI Borneo Isnin, 10 Mac 2025 bersama Fauzi Zin.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sifatkan cadangan membubarkan Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah GLC tidak munasabah.

Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB
Ini kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik di Palais des Nations.

Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.

Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.

Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.

Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.

Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.

Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.