Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).
Pengetuanya, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata penyediaan kelengkapan itu bagi menjamin keselamatan pelajar dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini.
"Kami telah meminta pihak bomba untuk memeriksa bangunan (baharu) ini dan setakat ini semua berjalan lancar. Hanya ada beberapa perkara yang pihak bomba minta kami tambah seperti pengesan asap dan loceng kebakaran," katanya kepada Bernama selepas tinjauan ke bangunan baharu pusat tahfiz itu, di sini.
Mohd Zahid berkata bagi memberi keselesaan kepada pelajar, pusat tahfiz itu yang dijangka beroperasi pada November, turut dilengkapi pendingin hawa serta ruang asrama yang luas.
Bangunan baharu lima tingkat itu dijangka akan menempatkan kira-kira 50 pelajar tahfiz di asramanya.
Katanya, beberapa perkara telah dirancang bersama pihak bomba termasuk mewujudkan skuad bomba dalam kalangan pelajar tahfiz bagi memberi mereka pendedahan kepada latihan keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2017
Menggantikan pusat tahfiz yang sebelum ini berlaku kes kebakaran yang mengorbankan nyawa, bangunan baharu lima tingkat itu dijangka lebih selamat dan selesa dengan pelbagai kemudahan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura
Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept
Tarikh bagi Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan oleh seorang remaja yang didapati bersalah kerana membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran pada tahun 2017 ditunda.
Keputusan rayuan remaja bunuh penghuni pusat tahfiz pada 14 Julai
Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa tiada saksi mata menyaksikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni, enam tahun lepas.
Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara.
Pasca 3 tahun Ittifaqiyah: Sejauh mana kita menginsafi tragedi tersebut?
Sekalipun tragedi ini mengundang rasa amarah ramai orang, namun kita tidak dapat nafikan betapa ia telah menjadi asbab kepada perlaksanaan beberapa inisiatif dan langkah drastik oleh pihak berkaitan.
Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan
Satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 17 Ogos 2020.
Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.