KUALA LUMPUR: Banduan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh Rabu lepas, A. Kalai Kumar, dipercayai meloloskan tangannya yang digari pada katil.


Ringkasan AI
  • A. Kalai Kumar, banduan yang melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh, dipercayai meloloskan tangannya yang digari pada katil.
  • Banduan berusia 27 tahun ini memiliki rekod lampau dengan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan narkotik.
  • Polis giat mengesan banduan tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata banduan berusia 27 tahun yang memiliki rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik itu dihantar ke hospital berkenaan bagi merawat telinga berdarah.

"Polis kini giat melakukan operasi bagi mengesan banduan terlibat. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lepas, polis melaporkan seorang banduan melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

-- BERNAMA