PELAWAK dan pelakon, Azlee Senario dikejarkan dari Hospital Sungai Buloh ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Pelawak dan pelakon, Azlee Senario telah dikejarkan dari Hospital Sungai Buloh ke Institut Jantung Negara (IJN).
  • Berita ini dimaklumkan pelawak, Ropie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
  • Ropie meminta orang ramai mendoakan kesihatan dan kemudahan urusan untuk Azlee.



Dalam perjalanan ke IJN


Berita itu dimaklumkan oleh pelawak, Ropie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

“Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita artis Azlee senario @azleesenario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannye. Amin,” tulisnya.




Dalam perkembangan terbaharu, Ropie memaklumkan Azlee kini dalam perjalanan ke Institut Jantung Malaysia (IJN).

“Sekarang berada di Hospital Sungai Buloh, perjalanan ke IJN. Mohon sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusan beliau,” maklumnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Azlee. -Gempak