Bandar di Sri Aman secara rasminya dikenali sebagai Simanggang bermula hari ini, umum Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg.
Beliau berkata Simanggang yang merupakan nama asal untuk daerah Sri Aman itu sebelum ini, dipohon digunakan semula oleh Menteri Muda Kesejahteraan dan Komuniti Datuk Francis Hardin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang kepada Kabinet, baru-baru ini.
"Selepas perbincangan, akhirnya kita bersetuju bandar ini akan dinamakan Simanggang, bahagiannya masih dinamakan Sri Aman, jadi bermakna, bandarnya Simanggang, seluruh bahagiannya nama Sri Aman," katanya dalam ucapannya sebelum merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2019, di sini, hari ini.
Beliau berkata permintaan itu adalah rasional bagi membolehkan generasi baharu mengenali sejarah asal kawasan berkenaan.
"Sri Aman memang ada sejarah...Sri Aman ada perjanjian di mana kita telah mendapat keadaan begitu aman dengan penyerahan sidak (mereka) yang agak ekstrem, sosialis ataupun yang mempunyai mirip-mirip komunis, mereka menyerah diri, jadi negeri aman kita dapat bangunkan negeri kita, jadi Sri Aman, itu sejarahnya.
"Tetapi ada juga orang Sri Aman mengatakan di sini ada sejarah sebelum Sri Aman iaitu Simanggang. Kalau boleh carikan (letakkan) nama ini supaya generasi baharu tahu, sini Simanggang, kerana dalam sejarah memang ada Simanggang, jadi bagi mengingatkan orang di sini mengenai nama Simanggang," katanya.
VIDEO: Sri Aman bakal kembali jadi Simanggang & lokasi pelancongan baharu
Mengenai perancangan untuk Sri Aman, Abang Johari yakin dengan pelbagai projek infrastruktur termasuk jalan persisiran, Lebuhraya Pan Borneo, dan pelan pembinaan dua jambatan baharu menghubungkannya dengan Batang Lupar, daerah ini akan menjadi satu lokasi strategik yang memudahkan akses ke bahagian lain, seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan di sini.
Beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan sivik baharu untuk daerah Sri Aman dengan peruntukan akan disalur melalui Rancangan Malaysia ke-12.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019

Abang Johari yakin dengan pelbagai projek infrastruktur dan pelan pembinaan dua jambatan baharu, daerah itu akan menjadi satu lokasi strategik yang memudahkan akses ke bahagian lain. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.

Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.

Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.

Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.

SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.

Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.