SHAH ALAM: Nisbah jantina terkini penduduk Malaysia adalah 110 bagi lelaki berbanding 100 bagi wanita.
Demikian menurut data Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini.
Katanya, dapatan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan juga menunjukkan, daripada 32.4 juta penduduk yang dibanci, 52.3 peratus ialah lelaki dan selebihnya 47.7 peratus perempuan.
"Penemuan banci juga menunjukkan, negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya, di mana 100 orang wanita bersamaan 96 orang lelaki.
"Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik Cina (23.2%), India (6.7%) dan Lain-lain (0.7%)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan dapatan awalan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) di Management and Science University di sini hari ini.
Selain itu, data bancian juga menunjukkan, daripada 32.4 juta penduduk Malaysia, 6.8 peratus berumur 65 tahun dan ke atas, 69.3 peratus umur bekerja (15 hingga 64 tahun) dan bakinya 24.0 peratus dalam kalangan umur muda (0 hingga 14 tahun).
Warga emas, iaitu penduduk berumur 60 tahun ke atas, direkodkan sebanyak 10.4 peratus (3.4 juta) berbanding 8.0 peratus (2.2 juta) pada 2010.
Golongan umur muda penduduk Malaysia juga menunjukkan penurunan daripada 27.6 peratus pada 2010 kepada 24.0 peratus pada 2020.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Feb 14 2022
Ismail Sabri ketika memeriksa data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan di Dewan Canselor MSU, Shah Alam, hari ini. - Foto SHAHIR OMAR/Astro AWANI
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Banci Pertanian 2024: 72,103 kediaman di Kelantan selesai dibanci - DOSM
Bancian dilaksanakan secara menyeluruh meliputi masyarakat Orang Asli di Kelantan dan Pahang serta komuniti pribumi di Borneo.
Kadar kemiskinan AS meningkat pada 2022, kanak-kanak paling terkesan
Kadar kemiskinan kanak-kanak meningkat lebih dua kali ganda, daripada 5.2 peratus pada 2021 kepada 12.4 peratus pada 2022.
Populasi India mengatasi China menjelang pertengahan 2023
China berdepan penurunan demografi lantaran kadar kelahiran yang menjunam sementara tenaga kerja semakin menua.
Banci: Nisbah jantina penduduk Malaysia 110 lelaki kepada 100 wanita
Daripada 32.4 juta penduduk yang dibanci, 52.3 peratus ialah lelaki dan selebihnya 47.7 peratus perempuan.
PKP: Penghulu mukim wajib jalankan bancian keperluan makanan
Penghulu mukim kini diwajibkan mengemukakan laporan mingguan dan menjalankan bancian keperluan makanan antara rumah ke rumah.
Jangan leka, mungkin ada banjir gelombang ketiga di Kelantan - MB
Walaupun banjir di Kelantan beransur pulih dengan hanya 240 mangsa banjir membabitkan 104 keluarga masih berada di tiga PPS.
DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata lesen itu mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khusus untuk penjaja makanan dan minuman secara dibungkus (take away) sahaja.