PARIT BUNTAR: Isteri Allahyarham Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.
Nor Shahida Saidin, 31, berkata, sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.
"Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.
"Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.
"Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak," katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali di sini pada Isnin.
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat terakhir dibawa keluar, polis sah 2 mangsa terkorban
BACA: Pemandu lori sayur rancang tukar kerja sebelum maut dalam tragedi tanah runtuh Simpang Pulai
Hadir sama ialah Pengurus Perkeso Cawangan Taiping, Tunku Shahrain Tunku Salehan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri.
Muhammad Hafiz Hamdi, 31, maut apabila lori sayur dipandunya terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai Khamis lalu.
Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.
Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.
"Insya-Allah duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak," katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.
Menurut Nor Shahida, dari hari pertama suaminya meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu mereka kerap demam dan menangis.
"Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.
"Kakaknya pula (Nurhannan) selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya," katanya.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.
"Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil," katanya.
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Balu korban tanah runtuh mahu cari kerja sara keluarga
Sinar Harian
Mon Dec 06 2021
Nor Shahida berkata, sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka yang masih kecil. - Gambar/ Sinar Harian
Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.
Duta Perpaduan Johor dinobat Ikon Bahasa Melayu Negara
Duta Perpaduan Johor Lim San Shien dinobatkan sebagai Ikon Bahasa Melayu Negara yang terkini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada Majlis Apresiasi Anugerah Citra DBP baru-baru ini.
Tunku Mahkota Ismail sahkah Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.
Angin kencang, laut bergelora dijangka landa perairan negara 29-31 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini.
Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.
Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal
Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu l
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.
Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai - Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.