KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, minggu lepas.
Penghantar barang Muhammad Hasan Abd Hamid, 29, dan penarik kereta Muhamad Nur Kholis Muhamad Syaikhudin, 23, didakwa bersubahat bersama suspek yang masih bebas membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 2.17 pagi, 9 Mei lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua.
"Muhamad Nur Kholis pula menghidap penyakit gout dan terbabit dalam kemalangan sehingga cedera di bahagian kaki serta bahu menyebabkannya tidak boleh membuat kerja berat," kata peguam itu.
Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Semalam, Bernama melaporkan dua pengawal keselamatan M. Preemraj dan Nor Rahman Sadik, masing-masing berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Penghantar barang Muhammad Hasan Abd Hamid dan penarik kereta Muhamad Nur Kholis Muhamad Syaikhudin hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Empat lelaki kemuka representasi gugur kes baling bom petrol di pusat hiburan
Empat individu didakwa terlibat dalam kes membaling bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng Mei lepas mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Lelaki ambil upah baling bom petrol di Melaka ditahan
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur.

Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.