TAIPING: Kerajaan akan memastikan baki hampir 1,000 jemaah yang belum menerima pembayaran wang sagu hati ekoran penangguhan sementara ibadah itu mendapat wang mereka pada kadar segera.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan membantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyelaras dengan agensi pelancongan terlibat bagi melancarkan urusan tersebut.
Beliau berkata, MOTAC akan menghubungi agensi-agensi pelancongan untuk kenal pasti jemah-jemaah yang terkesan.
“Ada setengah jemaah yang belum dibayar duit, bukan mereka tidak layak… yang kita nak libatkan kalau mereka ada dokumen yang syarikat pelancongan sudah bayar di sana (Arab Saudi) dan tidak ada pulangan, (jadi) kita akan bagi (pampasan),” kata Idris.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 di Pusat Khidmat Pas Parlimen Bukit Gantang di sini, pada Ahad.
Dalam masa sama, Idris memberitahu, wang sagu hati tersebut akan dibayar menerusi akaun simpanan Tabung Haji mereka seperti 7,000 jemaah umrah lain yang telah menerimanya.
Bagamanapun, jelas beliau, pembayaran tersebut dilanjutkan sehingga bulan depan ekoran hampir 1,000 jemaah terbabit yang masih gagal membuka akaun simpanan mereka.
Sebelum ini, Idris mengumumkan pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci susulan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah berkuat kuasa 18 Februari.
Amirrul Rabbani
Sun Feb 27 2022
![Baki sagu hati jemaah umrah akan diterima segera - Idris Baki sagu hati jemaah umrah akan diterima segera - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645764123_IdrisAhmad.jpg)
Kerajaan akan memastikan baki hampir 1,000 jemaah yang belum menerima pembayaran wang sagu hati ekoran penangguhan sementara ibadah itu mendapat wang mereka pada kadar segera, kata Datuk Idris Ahmad. - Gambar BERNAMA
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Guru takmir di Pulau Pinang terima sagu hati RM750 Guru takmir di Pulau Pinang terima sagu hati RM750](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649337891_950x600.jpg)
Guru takmir di Pulau Pinang terima sagu hati RM750
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memberikan sagu hati RM750 kepada setiap guru takmir di negeri itu sempena Ramadan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.
![Baki sagu hati jemaah umrah akan diterima segera - Idris Baki sagu hati jemaah umrah akan diterima segera - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645764123_IdrisAhmad.jpg)
Baki sagu hati jemaah umrah akan diterima segera - Idris
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyelaras dengan agensi pelancongan terlibat bagi melancarkan urusan tersebut.
![Warga Kota Bharu boleh tuntut sagu hati RM20 selepas suntikan vaksin COVID-19 Warga Kota Bharu boleh tuntut sagu hati RM20 selepas suntikan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619657551_Takiyuddin.jpg)
Warga Kota Bharu boleh tuntut sagu hati RM20 selepas suntikan vaksin COVID-19
Insentif sagu hati itu katanya sebagai galakan untuk warga Kota Bharu khususnya bagi pengundi dalam kawasan Parlimen berkenaan mendapatkan vaksin.
![2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati 2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618304689_BazarRamadan.jpg)
2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada 2,500 peniaga yang terjejas akibat pembatalan operasi bazar Ramadan.
![Bekas pegawai khas politik Mohd Isa, diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih Bekas pegawai khas politik Mohd Isa, diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599139826_Isasamad.jpg)
Bekas pegawai khas politik Mohd Isa, diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih
Muhammad Zahid memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.
![Tiada lagi amalan 'bedak' tiket untuk ahli politik - Mukhriz Tiada lagi amalan 'bedak' tiket untuk ahli politik - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534541726_MukhrizTun.jpg)
Tiada lagi amalan 'bedak' tiket untuk ahli politik - Mukhriz
Keputusan itu diambil bagi memastikan peristiwa memalukan tahun lalu tidak berulang apabila tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT dikatakan habis dijual dalam tempoh sejam.