Sebanyak 40 peratus daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tahun 2020 adalah permulaan yang penting untuk kerajaan melaksanakan semua janji manifesto.
Katanya, sebanyak 60 peratus janji manifesto telah berjaya dilaksanakan dan pihaknya optimis dapat menunaikan semua janji manifesto tersebut sebelum tahun 2023.
"Perdana Menteri berkata bahawa 60 peratus janji telah ditunaikan, tinggal 40 peratus. Sebab itu kita kena mula tahun depan supaya akhirnya dapat disempurnakan sebelum 2020.
"2020 adalah penting sebagai permulaan laksanakan semua janji, (dan) saya rasa secara amnya, tak mahu spesifik.
"Lebih baik buat secara am, semua yang kita janji harus mula supaya dapat dilaksanakan sebelum 2020, banyak yang kita janji, kita dah buat," katanya pada sidang media selepas melawat Butterworth Digital Library yang hampir siap di Lebuh Banggali di sini pada Sabtu.
Tanpa memperincikan sebarang janji khusus yang akan mula dilaksanakan pada tahun depan itu, Guan Eng berkata semua janji dalam manifesto PH akan diberi tumpuan secara kolektif oleh kementerian yang bertanggungjawab.
Jelasnya, kerajaan PH telah menunaikan janji seperti pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), menurunkan harga petrol RON95 kepada RM2.08 dan juga Pas Perjalanan Rapid Tanpa Had My100 kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pas Mutiara kepada rakyat Pulau Pinang.
Malah, katanya kerajaan PH juga telah menjalankan pentadbiran yang bersih, telus dan beramanah yang mengelak pembaziran dana awam, yang dapat disalurkan kepada projek pembangunan rakyat di seluruh negara.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Dec 14 2019
Menteri Kewangan Lim Guan Eng melawat Butterworth Digital Library yang hampir siap di Lebuh Banggali di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Baki 40 peratus janji manifesto PH akan ditunai pada 2020 - Guan Eng
Sebanyak 40 peratus daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.
640,000 pekerjaan tersedia, tetapi tiada yang minat - Kula Segaran
Peluang pekerjaan tersebut bukan sahaja meliputi sektor 3D iaitu sukar, kotor dan berbahaya, malah merangkumi pengurusan, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.
Ingatlah, pembangkang boleh jadi 'cermin', pelengkap kepada kerajaan
Penulis berpendapat, rakyat mula sedar tidak banyak manfaat yang diperoleh dalam tempoh ini, melainkan lebih perit daripada kerajaan dahulu.
'Merdeka tahun ini tidak segembira tahun lalu'
Menurut Dr Mahathir, hari kebangsaan tahun lalu disambut meriah bersandarkan sentimen kejayaan rakyat menukar kerajaan.
Hilang kepercayaan pada pimpinan, bekas setiausaha PKR Perlis keluar parti
Ramai lagi ahli akan mengikut jejak langkah beliau keluar daripada PKR selepas ini, apabila kecewa dengan sikap kepemimpinan parti itu di Perlis termasuk wakil-wakil rakyat dari parti berkenaan.
Kerajaan PH perlu masa tunaikan janji manifesto
Menurutnya, tempoh setahun itu merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk kerajaan PH melaksanakan semua janji dalam manifestonya.
PH perlu fahami kegusaran orang Melayu - Penganalisis
Pakatan Harapan (PH) perlu segera mencari naratif politik baharu dalam memahami kegusaran yang disuarakan kaum Melayu.
Janji pilihan raya perlu diikat dengan undang-undang, elak pengundi ditipu
Sudah sampai masanya kita mengambil satu langkah baru bagi memastikan setiap janji manifesto yang dibuat dalam proses pilihan raya dalam negara kita dipandang serius oleh mereka yang membuatnya.
Mengapa janji PRU tiada dalam Kajian Separuh Penggal RMK11? - Najib
Tidak ada langsung janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan disebut dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.