Bakat seseorang sangat diperlukan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan dan mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau .
Beliau berkata bakat sangat penting untuk menangani pelbagai perubahan yang akan berlaku menjelang 2050.
"Banyak yang akan berubah pada masa hadapan dan perubahan itu kita tidak pernah alami pada masa kini. Cara hidup manusia akan berubah dan pada masa itu kita memerlukan bakat.
"Oleh itu, di kementerian kami sentiasa mengenal pasti bakat untuk mengendalikan teknologi, menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial menggunakan kaedah yang inovatif," katanya pada sesi dialog TN50 'Ke Arah Wanita Berinovasi' di sini malam tadi.
Madius berkata wanita juga memiliki bakat tersendiri yang sangat diperlukan untuk mencapai visi TN50.
"Wanita ada bakat semula jadi kerana mereka sangat fokus. Selain itu, mereka juga suka berkongsi (senang bekerjasama), yang mana elemen kerjasama sangat ketara dengan era digital berbanding daya saing.
"Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma yang juga orang terkaya di China berkata wanita mempunyai bakat untuk menjadi pendengar yang baik. Contohnya Jack Ma pernah berkata bahawa sesiapa yang boleh mendengar keperluan pelanggan mereka akan membantu syarikat melakukan yang terbaik," katanya.
Madius berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat menghargai kebolehan wanita dan mewajibkan organisasi mengambil sekurang-kurangnya 30 peratus tenaga kerja wanita selain mengumumkan peruntukan untuk memperkasa wanita melalui Bajet 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 30 2018
MADIUS: Banyak yang akan berubah pada masa hadapan dan perubahan itu kita tidak pernah alami pada masa kini.
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Masalah pembelajaran tidak halang remaja OKU menyerlah di pentas
Melihat kelincahannya mempersembahkan tarian klasik India Bharatanatyam secara solo di atas pentas, tiada siapa menyangka remaja berkenaan adalah pelajar orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Aset lokasi strategik perkukuh pelaburan
Cyberview membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.
Pembukaan Kiara Skatepark penting untuk asah bakat peminat sukan papan selaju - Jurulatih
Langkah itu penting bagi mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sukan itu, yang merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Potret daripada kiub rubik hasil kreativiti Zabli tular
391 bongkah kiub rubik disusun pada bingkai khas bagi menghasilkan potret pasangan personaliti Shuib Sepahtu dan isterinya Allahyarham Siti Sarah.
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.
Pelukis manfaatkan masa terluang PKP 3.0 hasilkan karya baharu
Idea ini datang secara spontan kerana saya teringat kenangan manis ketika berada di rumah kayu bersama nenek satu ketika dahulu.
Kreatif dan indah! Mural tangga di Sandakan ini menguji kemahiran pelukisnya
Muhammad Amin Muhidin sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan mural lukisan tangga menuju ke Wisma Perbandaran di bandar Sandakan.
Tunku Azizah berkenan tunjuk bakat gesek biola depan Dr Siti Hasmah
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menunjukkan bakat baginda menggesek biola di hadapan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi
Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.