Bajet 2018 disifatkan sebagai komprehensif apabila ia berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dalam menangani pelbagai isu, daripada kenaikan kos sara hidup kepada membentuk masa depan tenaga kerja, menurut perunding cukai.
Jagdev Singh, Ketua Cukai PwC Malaysia, banyak langkah yang diumumkan menumpukan kepada rakyat, seperti menangani isu kumpulan B40 dan M40, penjawat awam dan wanita dalam tenaga kerja.
Bagaimanapun, katanya kekurangan langkah-langkah penting memberi kesan kepada korporat secara langsung berikutan kadar cukai kekal sama, bersama dengan insentif sedia ada.
"Saya menjangka pengurangan kadar cukai individu selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 dan Bajet 2018 ternyata dilaksanakan.
"Manfaat cukai sehingga RM1,000 akan memberi manfaat kepada sejumlah besar pembayar cukai. Bagaimanapun, tiada perubahan kepada pelepasan sedia ada," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Walaupun pengurangan dalam cukai korporat tidak dijangka dalam Bajet 2018, beliau berharap langkah-langkah yang disasarkan, berdasarkan peningkatan produktiviti serta pelaburan dalam penyelidikan dan pelaburan yang diperkenalkan.
Sementara itu, Amarjeet Singh, Rakan Kongsi dan Ketua Cukai EY Malaysia berkata langkah-langkah bagi golongan berpendapatan sederhana seperti pengurangan dua mata peratusan cukai pendapatan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000 dan lanjutan pelepasan cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), akan mengurangkan beban daripada peningkatan kos sara hidup.
Bagi beliau, Bajet 2018 menjanjikan prospek positif dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara dengan tumpuan kepada sektor swasta dan pengiktirafan kepada peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan langkah-langkah yang diperluaskan kepada usahawan mikro.
Chang Mei Seen, Pengarah Eksekutif KPMG Tax Services, yang bersetuju fokus Bajet 2018 pada kesejahteraan rakyat, turut memuji komitmen kerajaan terhadap perkongsian maklumat ekonomi yang diperkenalkan oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), melalui pertukaran maklumat secara automatik mulai September 2018.
"Ini bermakna maklumat boleh ditukar antara pentadbiran cukai secara sulit. Komitmen ini bertujuan untuk menangani aktiviti Penghakisan dan Peralihan Keuntungan (BEPS) pada permulaan," katanya.
Ketelusan tersebut akan menyediakan pentadbir cukai dengan maklumat yang berharga apabila menjalankan penilaian risiko, berpotensi menggunakan analisis data, untuk menilai sama ada pembayar cukai korporat berpotensi terlibat dalam aktiviti BEPS untuk mengalihkan keuntungan.
"Inisiatif ini merupakan kaedah yang membolehkan kerajaan melihat operasi multinasional dan menjalankan penilaian risiko dengan lebih berkesan untuk melindungi bahagian cukai mereka," kata Chang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017

Banyak langkah yang diumum menumpukan kepada rakyat, seperti menangani isu kumpulan B40 dan M40, penjawat awam dan wanita dalam tenaga kerja. -Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.