SIMUNJAN (Sarawak): Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap lebih banyak bantuan serta subsidi diberikan buat pemain industri pelancongan menerusi Bajet 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata perkara itu harus dipertimbangkan Kementerian Kewangan (MOF) lebih-lebih lagi dalam mengambil kira impak positif industri pelancongan kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.
Selain itu, beliau berharap fokus turut diberikan kepada usaha menaik taraf prasarana pelancongan negara supaya lebih berkualiti.
"Saya minta perkara ini diambil perhatian kerana jika industri pelancongan dibantu secara tidak langsung aktiviti dalam sektor lain seperti pengangkutan, makanan serta jualan akan lebih baik kerana mobiliti pelancong.
"Apabila ini semua berlaku, ekonomi negara secara keseluruhannya akan lebih rancak dan bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis pelancaran Esplanade Simunjan, di sini, hari ini.
Pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Bajet 2023 akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia serta mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Datuk Seri Nancy Shukri, berkata perkara itu harus dipertimbangkan Kementerian Kewangan (MOF) lebih-lebih lagi dalam mengambil kira impak positif industri pelancongan kepada ekonomi negara secara keseluruhannya. - Gambar fail/BERNAMA
GISB: Pembentangan kertas cadangan anak asuhan ditangguhkan
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan 572 kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan sementara.
[TERKINI] 9 termasuk 4 isteri ahli lembaga GISB dilanjut reman
Sembilan termasuk empat isteri Ahli Lembaga GISB Holding Sdn Bhd dilanjutkan reman antara satu dan dua hari.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Lagi pemimpin Hamas mati dalam serangan Israel
Pemimpin Hamas Tulkram Zahi Yaser Abd al-Razeq Oufi antara 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar itu yang diduduki di Tebing Barat.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini
Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut METMalaysia.
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.