Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan rakyat di negara ini
selain mengambil kira isu pembangunan wilayah dan negeri-negeri.
Perak turut mendapat habuan bagi memastikan agar perkara-perkara berkaitan kemudahan infrastruktur termasuk yang membabitkan asas pendidikan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kepada 111 kakitangan Kemas dari seluruh Perak di kediaman rasmi beliau di sini malam tadi.
Beliau berkata dalam Bajet 2016, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan untuk membina infrastruktur seperti jalan raya yang menjadi keutamaan pembangunan di Perak.
"Bajet kali ini turut memberi perhatian kepada wilayah yang masih lagi perlu diberikan perhatian dalam aspek pembangunan iaitu di kawasan hilir Perak dan seperti yang kita tahu Lebuhraya Pantai Barat atau WCE (West Coast Expressway)sedang dibina.
PM turut mengumumkan beberapa langkah susulan ke arah memastikan supaya kawasan di sepanjang wilayah ini dapat kita bangunkan dengan lebih rancak lagi," katanya.
Zambry juga berkata pengumuman itu selaras dengan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Hilir Perak dalam usaha mewujudkan koridor selatan.
Selain Perdana Menteri, beliau turut berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut membantu dalam memastikan Hilir Perak dapat dibangun seperti mana yang dirancang oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata turut diumum pembangunan kepada masyarakat Orang Asli di Sungai Siput.
"Seperti yang kita tahu Sungai Siput adalah kawasan contoh pembangunan menyeluruh untuk Orang Asli seperti penyediaan sekolah dan juga mini RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) dan sekarang ia diperkemaskan lagi dengan peruntukan bajet tahun depan.
Saya mengharapkan peruntukan ini selaras dengan Dasar Amanjaya dengan memberikan perhatian khusus kepada aspek-aspek infrastruktur dan pelajaran yang menjadi salah satu keperluan untuk negeri Perak," katanya.
Menyentuh kejayaan lebih ramai wanita menyandang jawatan utama dalam pelbagai sektor, Zambry berkata ini merupakan satu daripada perkembangan yang ada di negeri Perak yang menyaksikan golongan itu mengisi jawatan penting sebagai pegawai daerah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran serta jurutera daerah.
Ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dalam aspek pengupayaan golongan wanita. Saya tekankan sebelum ini bahawa negeri Perak tidak mahu melihat diskriminasi terhadap keupayaan golongan wanita," katanya.
Bernama
Sat Oct 24 2015
Zambry juga berkata pengumuman itu selaras dengan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Hilir Perak dalam usaha mewujudkan koridor selatan. - Gambar Bernama
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.