Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan
Nasional (BN) Sarawak, Abdullah Saidol.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semop berkata peruntukan tersebut juga perlu diuruskan tanpa terlalu banyak pertindihan fungsi kementerian atau jabatan tertentu.
"Sebab itulah usaha bersungguh-sungguh mestilah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menuntut 'Administrative Autonomi' dan 'Devolution of powers' daripada Kerajaan Persekutuan di mana antara objektifnya ialah untuk memastikan Pelan Pembangunan Negeri terutama sekali di kawasan luar bandar diurus dengancepat dan berkesan," katanya di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata beliau juga percaya rakyat Sarawak daripada bangsa Dayak akan menghargai peruntukan Pinjaman Tanpa Faedah untuk membina Rumah Panjang dengan pinjaman sebanyak RM50,000 untuk setiap unit seperti mana diumumkan semalam.
"Seperkara yang menarik juga ialah peruntukan sebanyak RM260 juta bagi tujuan menyelaras harga barang asas yang terpilih melalui initiatif program 1Harga 1Sarawak.
"Selama ini warga pedalaman sentiasa dibebani oleh harga barangan asas yang terlalu mahal," katanya.
Abdullah berkata bagaimanapun initiatif itu tidak akan mencapai matlamat jika penguatkuasaan oleh agensi berkenaan tidak tegas dalam memerangi sesetengah golongan peruncit atau pembekal yang menjadi pengkhianat kepada usaha kerajaan untuk mensejahterakan rakyat.
Sementara itu, Abdullah berkata beliau percaya semua rakyat Sarawak gembira dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tetapi dalam masa yang sama beliau juga ingin menekankan bahawa cadangan pembinaan Lebuhraya Pesisir juga sama penting.
Katanya kawasan pesisir mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di mana berbagai aktiviti ekonomi sedang dan mampu dirancakkan jika di sokong oleh pembinaan lebuhraya pesisir ini.
"Kawasan pesisir mempunyai berbagai potensi dari segi pembangunan kawasan industri berat, pelabuhan laut dalam, industri kecil dan sederhana, aktiviti perikanan dan perladangan, pelancongan, keselamatan dan berbagai lagi.
"Dalam melaksanakan berbagai projek pembangunan, kita mahu melihat projek-projek yang dijalankan hendaklah memenuhi dengan tepat keperluan rakyat, bukan projek-projek yang dilobi oleh sesetengah pihak yang hanya mementingkan keuntungan serta kurang arif tentang keadaan sekitar serta keperluan masyarakat di mana projek itu dijalankan," katanya.
Beliau berkata ada sesetengah projek berakhir dengan perbelanjaan melebihi dari apa yang diperlukan, keutamaan yang tidak betul dan lebih teruk projek terbengkalai.
"Saya tidak sabar untuk melihat pembentangan belanjawan negeri oleh Ketua Menteri dalam persidangan DUN yang akan datang dimana saya yakin banyak berkiblatkan ke arah pembangunan luar bandar," katanya.
Bernama
Sun Oct 25 2015
!['Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap' 'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81441033364_AbdullahSaidol.jpg)
ABDULLAH: Ada sesetengah projek berakhir dengan perbelanjaan melebihi dari apa yang diperlukan, keutamaan yang tidak betul dan lebih teruk projek terbengkalai. - Gambar Fail
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
!['Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib 'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444006676_NajibTunRazak.jpg)
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
![607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN 607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436240028_PTPTN.jpg)
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
![Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016 Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445575413_Moodys.jpg)
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
![Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439866768_LimGuanEng.jpg)
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
![Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445773201_MohamedMustafaIsha.jpg)
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
![Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41436181278_MukhrizMahathir.jpg)
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
![IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41445767097_IPTA.jpg)
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
!['Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap' 'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81441033364_AbdullahSaidol.jpg)
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
![Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437997281_IndiaSchool.jpg)
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
![Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437551617_ADENANSATEM.jpg)
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.