Bahan bacaan umum berbahasa asing dari negara luar yang tidak mempunyai permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh mengganggu ketenteraman negara.
Demikian tegas Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hashimah Nik Jaafar menyatakan terdapat bahan-bahan bacaan dari negara luar yang mengandungi unsur provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan sesama rakyat mereka di sini.
"Saya fikir itu antara sebab banyak pergaduhan yang melibatkan warga asing sesama warganegara mereka berlaku di negara ini.
"Kita tidak mahu isu atau konflik yang berbangkit di negara mereka dibawa ke sini sekali gus menimbulkan perasaan takut dan tidak tenteram dalam kalangan rakyat tempatan," katanya.
Tinjauan Bernama di Jalan Tun Tan Siew Sin, atau lebih dikenali sebagai Jalan Silang, menemui beberapa majalah dan buku keagamaan berbahasa Myanmar.
Menurut statistik jenayah bagi Januari hingga Ogos tahun lepas, 9,496 kes melibatkan warga asing berlaku di negara ini, termasuk bunuh, kecurian dan samun.
Hashimah berkata bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar berbahasa asing yang dibawa masuk ke negara ini akan dirampas serta-merta di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Beliau berkata KDN sedang mengkaji dasar baharu bagi menapis bahan bacaan umum berbahasa asing dan membenarkannya memasuki negara ini.
"Satu masalah menapis bahan bacaan itu ialah kami tidak ada orang yang memahami bahasa Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya.
"Ada cadangan bagi kami mendapatkan bantuan wakil duta negara-negara terlibat untuk menterjemahkan bahan bacaan tersebut," kata Hashimah.
Bernama
Mon Jan 04 2016
KDN sedang mengkaji dasar baharu bagi menapis bahan bacaan umum berbahasa asing dan membenarkannya memasuki negara ini. - Gambar hiasan
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Bahan bacaan berbahasa asing tanpa permit boleh ganggu ketenteraman negara - KDN
Bahan bacaan umum berbahasa asing dari negara luar yang tidak mempunyai permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).