KUALA LUMPUR : Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun digesa menyatakan kewajaran daripada segi undang-undang untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Meta Platform Incorporated berhubung isu ‘troll farming’ yang mengaitkan badan penguatkuasa itu sendiri.
Menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, dakwaan yang dibuat oleh Meta Platform Incorporated adalah perkara yang serius dan melibatkan kepentingan awam.
"Walaupun siasatan terhadap isu ini adalah dialu-alukan, persoalannya adakah wajar bagi pihak polis menyiasat perkara yang mereka sendiri dikatakan terlibat? Adalah penting juga untuk dipersoalkan sama ada terdapat kelewatan dalam siasatan dan sekiranya ada, adakah ini kerana siasatan terbabit dengan siasatan dalaman yang mungkin terpalit dengan konflik?
"Seterusnya, penting untuk diperhatikan bahawa PDRM telah menafikan dakwaan tersebut walaupun sebelum siasatan selesai. Tidakkah dalam keadaan ini terdapat konflik di pihak PDRM untuk menyiasat perkara tersebut?
"Peguam Negara harus memberi arahan agar siasatan bebas dilancarkan terhadap dakwaan ini. Individu-individu yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan PDRM dan dakwaan itu seharusnya memutuskan sama ada terdapat asas atau tidak ke atas dakwaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Gobind yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, sebarang siasatan juga perlu didedahkan kepada umum bagi meningkatkan ketelusan dan kredibiliti.
"Memandangkan ia adalah isu berkepentingan awam yang melibatkan integriti pihak polis," ujarnya.
Pada 6 Ogos lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat beberapa akaun palsu di media sosial yang mempunyai kaitan dengan agensi berkenaan.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sama sekali tidak terlibat sebagaimana didakwa oleh Meta Platform Incorporated.
PDRM menafikan kenyataan Meta Platform Incorporated yang mendakwa terdapat akaun-akaun palsu di media sosial yang mempunyai kaitan dengan agensi itu.
Sebelum itu syarikat konglomerat media, Meta, menyatakan bahawa ada kemungkinan campur tangan pihak polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun Facebook dan Instagram di Malaysia kerana menjadi platform ‘troll farm’.
Istilah 'troll farm' merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.
Laporan dari syarikat itu juga mendedahkan bahawa akaun-akaun terbabit dipercayai dipadam kerana melanggar polisi koordinasi perlakuan tidak sahih (Coordinated Inauthentic Behaviour - CIB), yang dipercayai berhubung kait dengan pasukan polis
Sejumlah 596 akaun, 180 laman ‘Pages’ dan 11 ‘Group’ telah dipadam dari Facebook sementara 72 akaun ditutup dari Instagram kerana menjadi sebahagian daripada jaringan itu.
Laporan itu mendakwa jaringan berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di negara ini sebagai sasaran.
Menurut laporan tersebut, kira-kira 427,000 akaun Facebook mengikuti satu atau lebih halaman terbabit dengan kira-kira 4,000 akaun mengikuti satu atau lebih kumpulan berkenaan serta hampir 15,000 akaun mengikuti satu atau lebih akaun Instagram yang dapat dikenal pasti.
Sejumlah AS$6,000 (hampir RM26,740) dibelanjakan bagi iklan di Facebook dan Instagram yang dibayar terutama dalam ringgit.
Afiezy Azaman
Sun Sep 18 2022
Ahli Parlimen Puchong itu berkata, dakwaan oleh Meta Platform Incorporated adalah perkara yang serius dan melibatkan kepentingan awam. - Gambar fail
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagaimana PDRM boleh siasat diri sendiri isu 'troll farming'? - Gobind Singh
Ahli Parlimen Puchong itu berkata, dakwaan oleh Meta Platform Incorporated adalah perkara yang serius dan melibatkan kepentingan awam.