PUTRAJAYA: Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah Yee Lynn semalam mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Badan Peguam Palestin sebagai simbol solidariti kepada rakan sejawat mereka.
Di tengah-tengah cabaran getir dihadapi warga Palestin akibat tindakan ganas ketenteraan oleh Israel, Badan Peguam Palestin telah meminta sokongan daripada rakan sejawat mereka di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama penting semasa saat-saat mencabar ini.
"Badan Peguam Malaysia mengumumkan kami berganding bahu dengan saudara kami dalam bidang undang-undang di Palestin untuk mengutuk kekejaman genosid dan jenayah perang yang dilakukan Israel di Gaza.
"Kami menyokong sepenuhnya prosiding perundangan yang dimulakan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," katanya dalam ucapan di Pembukaan Tahun Undang-Undang 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Cheah berkata Badan Peguam Malaysia sedia menghulurkan bantuan kepada prosiding ICJ, dengan cara intervensi jika perlu, supaya tidak ada negara boleh menggunakan genosid sebagai alasan bagi mempertahankan diri untuk melakukan jenayah perang.
Sementara itu, beliau juga berkata bahawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-77 Badan Peguam Malaysia pada 18 Mac 2023, badan itu telah meluluskan satu resolusi berhubung gaji hakim-hakim dan penubuhan sebuah Suruhanjaya Gaji Hakim.
"Menyedari bahawa tiada semakan terhadap gaji hakim-hakim sejak 2015, kami berpandangan keadaan semasa tidak dapat diterima.
"Sebagaimana Prinsip Komanwel (Dewan Latimer) terhadap Tiga Cawangan Kerajaan, memberikan ganjaran yang sewajarnya kepada hakim-hakim adalah satu komponen penting bagi kebebasan badan kehakiman," katanya.
Cheah berkata sebuah suruhanjaya bebas untuk menilai ganjaran kepada badan kehakiman secara berkala merupakan pendekatan yang nampaknya dapat merealisasikan matlamat yang diinginkan iaitu kebebasan, keobjektifan, ketelusan dan ketekalan.
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada hakim-hakim, mereka yang bercita-cita untuk memainkan peranan dalam badan kehakiman dan yang paling utama ialah orang awam. Pada April 2023 Badan Peguam Malaysia menyerahkan salinan resolusi itu kepada Jabatan Peguam Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang.
Badan Peguam Malaysia akan terus memacu isu ini dalam 2024. Menarik minat bakat ke dalam badan kehakiman, mengekalkan bakat dalam badan kehakiman sambil memelihara kebebasan badan kehakiman, merupakan tanda aras yang ingin kami capai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Cheah berkata Badan Peguam Malaysia sedia menghulurkan bantuan kepada prosiding ICJ, dengan cara intervensi jika perlu, supaya tidak ada negara boleh menggunakan genosid sebagai alasan mempertahankan diri untuk lakukan jenayah perang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.

Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.

Badan Peguam Malaysia pamer solidariti dengan rakan sejawat di Palestin
Badan Peguam Palestin meminta sokongan daripada rakan sejawat di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama penting semasa saat-saat mencabar ini.

Ahmad Zahid akan bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA
Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 Jan depan.

Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.

Posting Facebook berkenaan status amicus curiae dalam kes Mahkamah Persekutuan tidak tepat - PKPMP
PKPMP di dalam satu kenyataan hari ini berkata hantaran di laman Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial itu adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan orang awam.

PM Anwar seru kelompok anggota perundangan negara sokong tadbir urus baik
Menurut Anwar, ini adalah intipati akauntabiliti demokrasi, bahawa kita bukan sahaja bertanggungjawab, tetapi mesti juga dilihat bertanggungjawab, dan ini juga adalah ciri-ciri utama keadilan.

Rayuan Laidlaw mewakili Najib, Rabu ini, ditangguhkan
Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan peguam Laidlaw untuk menangguhkan pendengaran kes itu.