MEKAH: Umat Islam yang telah menjadi mangsa penipuan badal haji dinasihatkan membuat laporan polis memandangkan kes berkenaan masih berlaku apabila tiba musim haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, sebelum ini juga sudah banyak peringatan diberikan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan berkenaan namun masih ada yang menjadi mangsa.
“Sekali lagi diingatkan supaya selidik terlebih dahulu sebelum mengambil perkhidmatan badal haji ditawarkan individu atau syarikat yang tidak dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH).
“Jika bukan ditawarkan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH, mereka perlu siasat betul-betul supaya tidak tertipu. Kita tidak mahu badal haji menjadi 'bedal haji'," katanya.
Mohd Na’im berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu badal haji yang tular dalam media sosial, pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan TH di Mekah, malam tadi.
Ia susulan pendedahan video berdurasi 51 saat di Facebook pada Rabu yang memaparkan mengenai tindakan sekumpulan lelaki yang menggunakan khidmat ‘pelakon’ untuk menunjukkan bukti bahawa badal haji telah dilaksanakan.
Helaian kertas kononnya sebagai bukti ibadah itu dilakukan turut kelihatan bersepah di sekitar kawasan Jabal Rahmah, Mekah dibuang oleh kumpulan terbabit dengan tertera nama dari pelbagai negara termasuklah Malaysia.
Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya boleh melaksanakan haji untuk orang lain sama ada yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata, seramai tujuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia tidak dapat menyempurnakan ibadah wukuf pada Selasa lepas kerana masalah kesihatan mental dan koma.
Katanya, empat pesakit yang menghadapi masalah kesihatan mental berada di Pusat Rawatan TH dan tiga yang koma berada di hospital Arab Saudi.
Beliau berkata, dua jemaah haji yang koma disebabkan serangan strok dan seorang lagi akibat radang paru-paru akan terus menerima rawatan di fasiliti kesihatan Arab Saudi sehingga doktor membenarkan mereka pulang ke tanah air.
Mengenai pergerakan semasa jemaah haji, beliau berkata, ketika ini mereka sedang berada di Mina, kira-kira 6 kilometer dari Mekah untuk melakukan ibadah melontar di tiga jamrah, iaitu fasa terakhir haji. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 29 2023

Mohd Nai'im (tiga dari kiri) bertemu dengan petugas di Pusat Rawatan TH di Makkah malam tadi. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Arab Saudi serah pampasan kepada waris jemaah insiden kren tumbang di Makkah
Bayaran pampasan bernilai 1 juta Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) kepada setiap waris mangsa berkenaan adalah pampasan peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.