Aznil bin Hj Nawawi atau dikenali sebagai Aznil Nawawi adalah antara penerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Aznil Nawawi, Duta Sihat 1Malaysia yang juga merupakan Naib Presiden dan Ketua Ambassador Bahagian Pengurusan Bakat Personaliti Televisyen Astro menerima anugerah tersebut bersempena hari Wilayah Persekutuan pada hari ini.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta pagi ini.

Turut menerima darjah yang sama adalah Pengarah Sutra Dance Theatre (M) Sdn Bhd Datuk Ramli Ibrahim.