Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali menggesa parti itu untuk tidak membiarkan suasana politik di negara ini buntu dengan konflik dan pertelingkahan yang berpanjangan.
Katanya, semua pihak perlu ada keberanian moral untuk memulakan dialog politik yang melangkaui perbezaan politik.
"Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di sini, hari ini.
Azmin mengimbau peristiwa Hudaibiyyah dalam sejarah awal perkembangan Islam apabila berlakunya kebuntuan antara umat Islam dan kaum Quraisy di Mekah.
Katanya, Perjanjian Hudaibiyyah telah membuka ruang dialog dan penglibatan bersama (engagement) yang akhirnya membawa kepada kemenangan Islam.
"Kebijaksanaan Rasulullah ini perlu kita garap demi kemenangan rakyat," katanya.
Dalam pilihan raya umum yang baru lalu, Barisan Nasional menang 133 kerusi di Dewan Rakyat iaitu kurang 15 kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 89 kerusi.
Biarpun gagal ke Putrajaya, Pakatan Rakyat mendapat undi popular rakyat apabila meraih 51 peratus undi berbanding BN, 47 peratus.
Azmin sebelum ini membuat kenyataan yang dilihat bertentangan dengan tindakan parti apabila meminta pemimpin Pakatan Rakyat menerima keputusan PRU-13 dan melakukan muhasabah terhadap kegagalan mereka ke Putrajaya.
Kenyataannya itu dilihat sebagai reaksi kepada tindakan pimpinan Pakatan Rakyat menggerakkan siri rapat umum bantahan terhadap keputusan PRU-13.
Dalam ucapannya pada perasmian Kongres AMK dan Wanita PKR hari ini, Azmin bagaimanapun menyokong bantahan itu dan mahu ia diteruskan.
Penganalis politik, Dr. Ooi Kee Beng baru-baru ini mencadangkan agar Dewan Rakyat membentuk jawatankuasa parlimen bagi semua kementerian sebagai sebahagian daripada usaha ke arah politik baru yang berasaskan kepada muafakat.
Katanya, jawatankuasa parlimen bagi setiap kementerian itu penting kerana perbezaan pendirian antara BN dan Pakatan dalam isu-isu tertentu tidak harus dilihat sebagai satu permusuhan politik.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah juga baru-baru ini mencadangkan supaya pimpinan tertinggi BN dan Pakatan Rakyat bertemu untuk berbincang bagi mencari titik temu dalam beberapa isu yang menjadi asas kepentingan bersama.
Antara isu itu termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya yang perlu dilaksanakan tahun ini selepas yang terakhir pada 2003.
Dalam ucapannya, Azmin mencadangkan supaya sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional perlu dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan bahagian pilihan raya.
Beliau juga mencadangkan supaya AMK dan Wanita PKR supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi.
Langkah itu adalah sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya tidak lama lagi.
Astro Awani
Fri May 24 2013
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.
AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.
Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
AMK membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU
Sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu, AMK antara kumpulan yang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.