Linangan air mata mengiringi hari terakhir Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 dalam sebuah majlis perpisahan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Air mata dan kesedihan menyelubungi suasana di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini, malah turut dirasai Mohamed Azmin.
Air mata perpisahan kakitangan SUK turut mengiringi minit-minit terakhir beliau menjejakkan kaki ke pejabatnya di bangunan pentadbiran Negeri Selangor tersebut.
Sewaktu bacaan doa oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Anhar Opir, Mohamed Azmin spontan mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap air mata.
Mohamed Azmin sebelum itu menyampaikan amanat terakhir kepada semua penjawat awam di Selangor.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut berkata, Selangor akan tetap menjadi negeri paling dekat dihatinya walaupun beliau kini bertugas di Putrajaya.
“Insya-Allah, tugas saya yang baharu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini yang bertanggungjawab untuk merencana dasar ekonomi yang lebih rancak dan kuat, mencipta nilai, mencipta pekerjaan dan meningkatkan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara dan merangsang pertumbuhan yang mampan, serta meningkat lagi pelaburan langsung asing pastinya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara dan mengangkat martabat rakyat keseluruhannya,” katanya.
Beliau sebelum itu mengetip kad perakam waktu pada pukul 4.30 petang selain berjumpa dengan pengurusan tertinggi kerajaan negeri Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nor Azmie Diron.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jun 18 2018
Sewaktu bacaan doa oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Anhar Opir, Mohamed Azmin spontan mengeluarkan sapu tangan sambil mengelap air matanya. - Foto Astro AWANI
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
PM Anwar mahu tukar pemimpin 'lembab'
Mana-mana wakil rakyat atau pemimpin yang 'lembab' akan ditukar sebagai reformasi dalam menguatkan jentera kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Olimpik Paris 2024: Air mata Azizulhasni gugur di KLIA
Tubuhnya kecil, semangatnya besar namun kerana negara, air matanya gugur juga, tidak langsung dapat ditahan.
Muhammad Luth Syauqi mengalir air mata malam tadi - Ibu
Mangsa kedua kejadian keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan yang menghembuskan nafas terakhirnya hari ini, mengalirkan air mata malam tadi.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Airmata gembira Rohana terima taraf kewarganegaraan
Air mata gembira mengiringi Rohana Abdullah ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.
Gajah mati terduduk dipercayai makan baja tumbuhan
Gajah betina dianggarkan seberat dua tan yang ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu di Padang Terap semalam disyaki termakan baja tumbuhan.
Olimpik Tokyo: Tangisan bertukar senyuman, netizen puji persembahan Farah Ann
Gimnas berusia 27 tahun itu kelihatan hampa apabila meninggalkan Pusat Gimnastik Ariake semalam (25 Julai) selepas menamatkan saingan pada kedudukan ke-68.
Olimpik Tokyo: Farah Ann pasrah pendaratan awal kurang menjadi
Dalam senaman lantai pula, atlet berumur 27 tahun itu mengutip 12.333 sebelum meraih mata tertinggi dalam melombol yang merupakan aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.
Olimpik Tokyo: Farah Ann tamatkan saingan di kedudukan ke-68
Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta di Sukan Olimpik Tokyo hari ini.
Warga emas sebak terima vaksin
Jangkaan Latifah tersasar apabila proses vaksinasi yang dilalui sangat pantas dan mudah, tidak seperti khabar angin yang dia dengari.