SHAH ALAM: Hanya air mata kegembiraan mengalir daripada seorang warga emas yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada Isnin.
Latifah Sa'ad, 71, pada awalnya menyangka proses menerima vaksin jenis Sinovac di PPV berkenaan perlahan dan akan dipenuhi ramai orang.
Namun begitu, jangkaannya tersasar apabila proses vaksinasi yang dilalui sangat pantas dan mudah, tidak seperti khabar angin yang dia dengari.
"Sukarelawan di sini sangat membantu memudahkan proses vaksinasi, saya sebak sebab terlampau gembira.
"Saya minta kepada orang ramai beranikan diri ambil vaksin, jangan susah hati, tak sakit pun," katanya sambil menyapu air mata kegembiraan.
Sementara itu, Mohd Alias Md Yusof, 71, teruja menerima suntikan vaksin di PPV berkenaan pada Isnin setelah hasratnya untuk menerima suntikan vaksin pada April lalu tertangguh akibat dijangkiti wabak tersebut.
Mohd Alias yang berasal dari Taman Medan, Petaling Jaya berkata, dia pernah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas kondisinya bertambah teruk.
"Saya tengok kawan-kawan yang terima vaksin tidak mengalami sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan mereka.
"Jangan takut untuk ambil vaksin, saya yakin penyakit ini datang daripada Allah dan kita perlu berusaha untuk memutuskan rantaian wabak ini," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) menjalankan fungsi Naib Canselor, Profesor Dr Roziah Janor berkata, jumlah pemberian vaksin di PPV berkenaan akan ditingkatkan daripada 750 dos sehari kepada 1,500 dos dalam masa dua minggu.
Beliau ketika sidang akhbar berkata, lebih 7,000 orang menerima suntikan vaksin di PPV tersebut setakat Ahad dan sebanyak 10 peratus daripada jumlah tersebut adalah golongan warga emas.
"Kita menggunakan model integrasi yang mana sukarelawan di sini adalah gabungan daripada petugas UiTM, pelajar dan kakitangan klinik swasta.
"Kami tidak menerima sebarang janji temu secara 'walk-in', sebaliknya hanya mereka yang mendapat janji temu suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera sahaja dibenarkan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Warga emas sebak terima vaksin
Sinar Harian
Tue Jun 29 2021
LATIFAH: Saya minta kepada orang ramai beranikan diri ambil vaksin, jangan susah hati, tak sakit pun. - Foto Sinar Harian
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel
Seorang lelaki warga emas mengalami melecur di bahagian belakang badan dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Kampung Lahar Ikan Mati, di sini pagi tadi.
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.
Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.