Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda hari ini mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa ke-34, Sabtu ini.
Beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan dengan Cuepacs pada 16 Dis ini, berkata keputusannya menawarkan diri bertanding jawatan itu bagi membantu kepimpinan Angkasa dan meneruskan pembelaan terhadap kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan.
Katanya gerakan koperasi dan Angkasa khususnya sangat dekat dengan penjawat awam dan beliau akan menggunakan sepenuhnya pengalaman bersama Cuepacs bagi menyuburkan lagi gerakan koperasi dan menjadi penghubung antara Angkasa dengan penjawat awam dan kerajaan.
"Selama ini, kita mendengar pelbagai rungutan daripada penjawat awam, ada kes seleweng gaji, ada hutang terpaksa ditanggung penjawat awam.
"Oleh itu, kalau saya berada dalam Angkasa, saya boleh melihat mengenai soal kebajikan penjawat awam ini. Kita tidak mahu membiarkan satu pihak sahaja mendapat untung manakala satu pihak lagi tertekan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Azih yang juga Pengerusi Koperasi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Bhd (Kosmat) dan Pengerusi Koperasi Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Bhd (Kospeta) berkata beliau akan terus mempertahankan kemudahan Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) seperti diperjuangkan Cuepacs untuk kebajikan penjawat awam.
Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang penglibatannya menerajui Kosmat dan Kospeta, beliau berjaya menjadikan kedua-dua koperasi tersebut tersenarai antara 100 koperasi terbaik di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2019

AZIH: Selama ini, kita mendengar pelbagai rungutan daripada penjawat awam, ada kes seleweng gaji, ada hutang terpaksa ditanggung penjawat awam. - Gambar fail/Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Angkasa jalin kerjasama optimumkan IR4.0 tangani isu pekerja, jaminan bekalan makanan
Langkah perlu bagi membantu masalah tenaga kerja serius yang dihadapi sekarang, malah akan menjamin sekuriti makanan negara.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa
Pelantikan ini dibuat oleh Lembaga Angkasa selepas Abdullah menunjukkan prestasi dan kebolehan yang amat baik sepanjang berkhidmat di Angkasa sejak tahun 1988.

Azih Muda umum tanding Naib Presiden Angkasa
Datuk Azih Muda hari ini mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).