KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengumumkan pelantikan Datuk Abdullah Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa yang baharu, berkuat kuasa Selasa.
Abdullah sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Angkasa pada tahun 2016 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mulai 8 Januari 2022.
Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, pelantikan ini dibuat oleh Lembaga Angkasa selepas Abdullah menunjukkan prestasi dan kebolehan yang amat baik sepanjang berkhidmat di Angkasa sejak tahun 1988.
Abdullah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah Audit dan Akaun, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia pada tahun 1982 hingga 1988.
Sepanjang berkhidmat di Angkasa, beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan sebagai Timbalan Bendahari Eksekutif Angkasa dari tahun 1988 hingga 2010 dan Pengurus Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan dari tahun 2010 sehingga 2016.
“Perkhidmatan cemerlang Abdullah dalam menguruskan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) telah meningkatkan prestasi dan kecemerlangan perkhidmatan potongan gaji dengan penggunaan teknologi terkini yang mampu memproses data dengan lebih pantas, cekap dan selamat.
“Perkhidmatan cemerlang beliau telah meningkatkan jumlah potongan BPA dari kutipan potongan sebanyak kira-kira RM750 juta sebulan pada tahun 2010 kepada kira-kira RM1.1 bilion sebulan mulai tahun 2015,” jelas Abdul Fattah dalam satu kenyataan hari ini.
Abdullah berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan ahli felo The Institute of Cooperative Management and Auditors (FICMA) dan ahli bersekutu The Institute of Internal Auditors (AIIAM).
Menurut Abdul Fattah, kredibiliti Abdullah juga dilihat apabila beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif MyAngkasa Holdings Sdn. Bhd. untuk menerajui dan menguruskan perniagaan Angkasa dan subsidiari bermula Disember 2020.
“Lantikan beliau amat bertepatan dengan hala tuju Angkasa untuk memperkasa bidang pemborongan dan peruncitan bagi mencapai sasaran perolehan RM7.2 bilion, projek pembidaan lesen perbankan digital dari Bank Negara Malaysia dan Integrasi Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA).
“Dengan pengalaman luas lebih tiga dekad dalam sektor koperasi, kita percaya beliau akan menerajui dan memperkukuh lagi tadbir urus, operasi dan perkhidmatan dalam memaju dan membangunkan Angkasa dan gerakan koperasi negara,” ujar beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Mar 02 2022

Angkasa mengumumkan pelantikan Datuk Abdullah Jusoh (gambar) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa yang baharu, berkuat kuasa Selasa. -DagangNews
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Angkasa jalin kerjasama optimumkan IR4.0 tangani isu pekerja, jaminan bekalan makanan
Langkah perlu bagi membantu masalah tenaga kerja serius yang dihadapi sekarang, malah akan menjamin sekuriti makanan negara.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa
Pelantikan ini dibuat oleh Lembaga Angkasa selepas Abdullah menunjukkan prestasi dan kebolehan yang amat baik sepanjang berkhidmat di Angkasa sejak tahun 1988.

Azih Muda umum tanding Naib Presiden Angkasa
Datuk Azih Muda hari ini mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).