Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai menteri bertanggungjawab ke atas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkuat kuasa 28 Jun lepas.
Menurut kenyataan BHEUU hari ini, Azalina akan menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang sebelum ini, susulan penyusunan semula portfolio JPM baru-baru ini.
"Pihak kami berbesar hati menerima kehadiran Azalina dan percaya dengan kepimpinan beliau, BHEUU akan terus memainkan peranan penting dalam hal ehwal perundangan negara.
"Sebagai menteri yang berkelulusan undang-undang dan juga selaku pengamal undang-undang lebih 25 tahun, kami yakin Azalina akan memberi sentuhan dan idea baru dalam mencapai misi, visi dan objektif BHEUU," menurut BHEUU di sini.
Susulan penyusunan semula portfolio, Nancy akan menyelia Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) berkuat kuasa 28 Jun.
Nancy juga akan bertanggungjawab ke atas agensi di bawah beliau sebelum ini iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.
BHEUU turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Nancy Shukri yang memberi dorongan dan sokongan penuh serta nasihat terhadap BHEUU dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
"Kehadiran Nancy mulai 16 Mei hingga 28 Jun sangat berharga kepada kami semua dalam menentukan hala tuju organisasi kami," katanya.
Nancy sebelum ini merupakan Menteri yang bertanggungjawab ke atas BHEUU, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Bahagian Perlindungan, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).
Beliau juga bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Undang-Undang yang melibatkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kini semua agensi berkenaan akan dipegang Azalina.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini Nancy berkata upacara serah tugas dijangka diadakan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri BHEUU pada 26 Julai ini.
Nancy turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dalam agensi hal ehwal undang-undang yang bekerjasama dengan beliau.
"Saya berharap untuk bekerja dengan petugas di bawah portfolio baharu saya. Ia jauh berbeza daripada agensi yang pernah saya kendalikan, berurusan dalam hal perundangan.
"Dalam portfolio baharu saya, saya akan memberi tumpuan terhadap inovasi dan pemain-pemain industri daripada pelbagai sektor dalam pelbagai aspek. Saya belum bertemu dengan pegawai-pegawai untuk memberi taklimat kepada saya mengenai aktiviti mereka," katanya.
Menurut Nancy, beliau yakin bahawa agensi berkenaan menarik untuk diterokai dan bertemu mereka daripada bidang yang berbeza.
Bernama
Thu Jul 14 2016
![Azalina Othman ke BHEUU, Nancy Shukri selia AIM, Perbadanan Kuasa Nuklear, MIGHT Azalina Othman ke BHEUU, Nancy Shukri selia AIM, Perbadanan Kuasa Nuklear, MIGHT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468481757_AzalinaNancy.jpg)
Susulan penyusunan semula portfolio, Datuk Seri Azalina Othman Said (kanan) akan menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (kiri) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang sebelum ini.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415796_HelikopterTentera.jpg)
Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.
![Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
![Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
![Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736841692_tbAzalinaOthmanSai.jpg)
Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina
Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang pembiayaan politik yang komprehensif bagi mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan ketelusan.
![Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736827041_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
![Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736751807_Ahlipolitik.jpg)
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
![Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736656839_TBAzalina.jpg)
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
![Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736557345_saman.jpg)
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
![Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733378280_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
![Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733810800_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.