KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penjimatan tenaga elektrik oleh sindiket yang merupakan antara taktik mencuri elektrik.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST Mohd Elmi Anas berkata sindiket tersebut difahamkan mengambil kesempatan menipu tanpa disedari pengguna dengan mengusik dan mengubah suai meter elektrik bagi mengurangkan bil elektrik pengguna.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada juga pengguna yang mendapatkan khidmat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan cuba mengurangkan bil elektrik bulanan dengan cara mengganggu dan mengusik sistem pemeteran elektrik di premis mereka.
"ST ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil jalan mudah atau tidak mudah terpedaya dengan penawaran untuk menjimatkan elektrik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata modus operandi dan kaedah yang biasa digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah mengusik sistem pemeteran elektrik seperti memotong pendawaian masuk, meletak bendasing bagi menghalang atau memperlahankan meter, mengganggu keadaan fizikal meter, sambungan terus tanpa melalui meter, pintasan sistem dan pendawaian meter.
Mohd Elmi berkata kes-kes penggunaan elektrik dengan curang atau mencuri elektrik biasanya dilakukan oleh pengguna dengan penggunaan elektrik yang tinggi seperti kilang ais, perlombongan bitcoin dan lain-lain, malah ada juga kes melibatkan pengguna domestik.
"Kegiatan mencuri elektrik ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 37 (1) dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun untuk kesalahan pertama manakala denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
"Mengikut Seksyen 38 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990 pula, pihak pemegang lesen seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) boleh menuntut kerugian hasil di mahkamah sekiranya dapat membuktikan mana-mana orang telah mengusik atau mengganggu meter elektrik daripada merekodkan dengan betul,"katanya.
Beliau berkata dari 2015 hingga 2021, ST telah membuka 64 kertas siasatan dengan 36 syarikat dan individu telah didakwa di mahkamah serta dikenakan hukuman denda manakala bakinya sedang menunggu izin daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pendakwaan.
"ST berharap pihak-pihak yang telah dibawa ke mahkamah dan didenda tidak lagi mengulangi perbuatan mencuri elektrik sekali gus kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengusik meter elektrik pihak utiliti dengan niat untuk mengganggu bacaan bil elektrik daripada mencatatkan bacaan meter dengan betul," katanya.
Mohd Elmi turut menasihatkan pemilik premis supaya berhati-hati dengan kemungkinan premis mereka digunakan oleh penyewa untuk menjalankan aktiviti mencuri elektrik.
Selain itu, beliau berkata sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung dan Sabah, ST sentiasa melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga selain memastikan keselamatan orang awam.
Katanya ST memandang serius kegiatan mencuri elektrik kerana ia bukan saja melibatkan soal keselamatan, kebakaran atau gangguan bekalan elektrik malah memberi implikasi besar kepada negara dan pengguna lain memandangkan kos elektrik yang dicuri akan ditanggung oleh semua pengguna dalam penetapan tarif elektrik.
"Bagi membanteras kegiatan curi elektrik, ST menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan serta melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersama. Dalam kes curi elektrik ini juga, pihak PDRM boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Pencegahan Jenayah," katanya.
Mohd Elmi turut menyarankan pengguna supaya mengamalkan kaedah penjimatan elektrik dan menggunakan kelengkapan elektrik cekap tenaga yang dilabel dengan lima bintang bagi mengurangkan bil elektrik.
"ST juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aktiviti mengusik meter elektrik melalui sistem Aduan ST yang boleh dicapai melalui laman sesawang www.st.gov.my dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple Store secara percuma oleh pengguna Android dan iOS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
![Awas tawaran khidmat jimat elektrik oleh sindiket - ST Awas tawaran khidmat jimat elektrik oleh sindiket - ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61559046531_TNB.jpg)
ST memandang serius kegiatan mencuri elektrik kerana ia bukan saja melibatkan soal keselamatan, kebakaran atau gangguan bekalan elektrik malah memberi implikasi besar kepada negara dan pengguna lain.- Gambar hiasan/BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739965138_FadillahYusof.jpg)
PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.
![Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739934766_tbSuruhanjayaTenaga.jpg)
Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.
![Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/61577225211_TBSoketElektrik.jpg)
Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina dinasihatkan agar memastikan suis kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan.
![Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan tenaga mampan Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan tenaga mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704945692_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan tenaga mampan
Akta ini mewajibkan pengguna tenaga besar melantik pengurus tenaga berdaftar, melaksanakan sistem pengurusan tenaga, menyediakan laporan kecekapan tenaga, dan menjalankan audit tenaga.
![TNB antara disenarai pendek bangunkan projek ladang solar 500MW di Kedah TNB antara disenarai pendek bangunkan projek ladang solar 500MW di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735533035_TBTNB.jpg)
TNB antara disenarai pendek bangunkan projek ladang solar 500MW di Kedah
TRe telah dianugerahkan surat pemberitahuan (LON) sebagai pembida yang disenarai pendek pada 23 Disember lepas.
![Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732880459_TBbanjrkualaberang.jpg)
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
![PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731756060_tbPETRAskuad.jpg)
PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memulakan siri jelajah sulungnya, PETRA Skuad Zon Selatan, dengan Melaka menjadi lokasi pertama yang disinggahi.
![Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723194708_RafiziRamli.jpg)
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![Banjir: Orang ramai diminta ambil langkah keselamatan elektrik dan gas Banjir: Orang ramai diminta ambil langkah keselamatan elektrik dan gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704945692_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Banjir: Orang ramai diminta ambil langkah keselamatan elektrik dan gas
Orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pengawasan sebelum banjir, semasa dan selepas banjir.
![Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704945692_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA
PETRA berkata, mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun garis panduan CRESS melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.