MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
- Jangan panik apabila menerima panggilan atau SMS dari nombor yang tidak dikenali. Sebaliknya, bawa bertenang;
- Putuskan panggilan dan abaikan SMS tersebut;
- Jangan sesekali mengikut arahan pemanggil atau penghantar SMS;
- Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pemanggil atau penghantar SMS;
- Cabar pemanggil berkenaan untuk mengesahkan maklumat;
- Tulis butiran pemanggil atau penghantar SMS (merangkumi nombor talian dan nama) bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan;
- Laporkan panggilan dan SMS tersebut kepada pihak polis untuk tindakan;
- Kongsikan juga pengalaman anda dengan keluarga dan rakan, sebagai usaha memberikan kewaspadaan agar mereka tidak menjadi mangsa panggilan dan SMS yang tidak dikenali.