Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang meninjau peranan yang boleh dimainkan pasukan keselamatan itu bagi menjayakan usaha bersepadu pelbagai agensi bagi membanteras kegiatan pencerobohan tanah dan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.
"Kita nak tengok apa yang nak digerakkan, untuk apa ini kena dibincangkan, saya belum terima maklum balas dan laporan daripada pihak sana, tunggulah," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata satu operasi bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Imigresen akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menangani pelbagai masalah di Cameron Highlands.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin, Hishammuddin berkata ATM tidak pernah lari daripada tanggungjawab menghulurkan bantuan dalam apa jua keadaan termasuk memberi kerjasama menangani bencana alam.
Dalam konteks kehadiran PATI di Cameron Highlands, katanya, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah dari aspek punca kebanjirannya supaya ia dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Beliau berkata tidak ada sebab bagi pihak tentera untuk lari daripada melaksanakan apa jua peranan yang diberikan kepadanya jika ia demi kebaikan rakyat.
Sementara itu, dalam perbincangannya dengan Adenan semalam, Hishammuddin berkata ia berkisar kepada isu-isu keselamatan, di mana beliau membangkitkan keperluan kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menangani sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara.
Katanya bentuk ancaman keselamatan kini banyak berubah seiring dengan perubahan dunia yang pantas dan bencana yang melanda negara-negara di Timur Tengah seperti Iraq dan Syria umpamanya, perlu dijadikan iktibar agar nasib yang sama tidak menimpa Malaysia.
"Lebih-lebih lagi tahun depan Malaysia akan menjadi Pengerusi Asean dan kita juga adalah anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ini merupakan sesuatu yang boleh membawa ruang kepada kita mempromosi kepimpinan negara dalam konteks persada dunia," katanya.
Terdahulu, Hishammuddin menerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNSB) daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.
Beliau yang terharu dan berterima kasih dengan penganugerahan itu, berkata ia merupakan satu penghormatan dan pemberian yang amat bermakna kepada dirinya.
Bernama
Mon Nov 10 2014
HISHAMMUDDIN: ATM tinjau peranan dalam usaha bersepadu di Cameron Highlands - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.