KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung ancaman penggodam luar yang cuba menggodam sistem Kementerian Pertahanan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan itu datang daripada sebuah firma keselamatan siber persendirian berpangkalan di Amerika Syarikat.
"Kita tidak boleh bertindak berdasarkan kepada sebarang dakwaan syarikat persendirian. Kementerian saya (Kementerian Pertahanan) menerusi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM bagaimanapun sentiasa proaktif dalam memantau apa jua kemungkinan penggodam menggodam sistem kita," katanya pada sidang media pasca Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari di Wisma Perwira ATM di sini.
Ditanya sama ada dakwaan tersebut merupakan langkah negara luar selaku kuasa besar dalam merencana geopolitik semasa, Hishammuddin tidak menolak kemungkinan itu.
"Mungkin geopolitk...dan apa jua kenyataan satu kuasa besar akan mendapat reaksi daripada kuasa besar lain jadi negara kecil seperti kita terpaksa berhadapan dengan situasi ini secara tidak langsung.
"Namun tugas saya adalah untuk melihat kepada keselamatan dan pertahanan kita secara realiti. Tidaklah untuk terlalu mengikut geopolitik itu dan pertimbangan pihak tertentu namun kita sentiasa mempunyai agensi yang ditugaskan serta kepakaran bagi menentukan kesahihan dakwaan dibuat mereka," katanya.
Baru-baru ini, media asing melaporkan penggodam dari China didakwa kini menyasarkan laman siber angkatan tentera dan jabatan kerajaan beberapa negara Asia Tenggara.
Menurut laporan media berkenaan, siasatan firma berpangkalan di Amerika Syarikat itu mendapati kebanyakan negara sasaran adalah yang ada kaitan dengan tuntutan wilayah di Laut China Selatan atau projek infrastruktur strategik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Hishammuddin berkata, dakwaan itu datang daripada sebuah firma keselamatan siber persendirian berpangkalan di Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Negeri Sembilan tawar ansuran bayaran premium Kem Syed Sirajuddin
Aminuddin berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat memastikan penggunaan tanah yang berkesan.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Kes buli hanya rosakkan imej UPNM, serah pada polis untuk siasat - Menteri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku dan hanya merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.
41 pesakit Palestin dibawa ke Malaysia telah terima rawatan sewajarnya
Kementerian Pertahanan memaklumkan kesemua 41 pesakit rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia bagi tujuan perubatan telah menerima rawatan sewajarnya.