JITRA: Atap rumbia yang dihasilkan secara tradisional di kampung-kampung kini kembali menjadi tumpuan orang ramai bagi menggabungkan elemen moden dan tradisional di kediaman mereka
Seorang pengusaha atap rumbia tradisional, Mat Isa Abu, 48, dari Kampung Tebing, dekat sini menerima banyak permintaan dalam skala besar namun tidak dapat memenuhinya akibat bahan-bahan pembuatan atap rumbia seperti pokok rumbia, buluh dan pokok bemban semakin sukar untuk dicari.
Menurutnya, atap tradisional itu yang diperbuat daripada daun pokok rumbia, disokong buluh yang diraut sebelum dijahit menggunakan kulit pokok bemban ataupun rotan untuk mengikatnya.
"Atap rumbia ini ada potensi tinggi kerana mendapat permintaan yang banyak namun saya tidak dapat memenuhinya kerana seorang diri sahaja yang membuatnya bermula dari mencari bahan-bahan asas sehingga menyiapkannya.
Antara kelebihan atap ini adalah mampu bertahan sehingga lebih 20 tahun jika direndam di dalam air selama dua minggu sebelum memasangnya.
Mat Isa menjahit atap rumbia menggunakan kulit pokok bembam di rumahnya di Kampung Tebing, Napoh pada Rabu.
Selain itu, atap ini kembali menjadi buruan kerana mampu mengurangkan rasa panas dan ramai berminat menempah untuk memasang di gazebo di laman rumah mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tebing pada Rabu.
Mat Isa yang juga seorang pesawah terpanggil untuk meneruskan warisan membuat atap tradisional daripada datuknya, Allahyarham Ibrahim Mat dan bapanya, Abu Isa, 78, kerana tidak mahu legasi ini pupus ditelan zaman.
"Saya mula berjinak-jinak membuat atap ini sejak usia 12 tahun.
"Kini saya ambil alih sepenuhnya dari bapa namun sekitar 100 hingga 200 keping atap rumbia sahaja mampu disiapkan dalam tempoh sebulan akibat kekangan masa.
"Saya terpaksa keluar mencari bahan-bahan pembuatannya di kampung-kampung lain kerana pokok-pokok tersebut semakin berkurangan," kata bapa kepada dua cahaya mata ini.
Jelasnya, terdapat risiko yang perlu dilalui semasa mencari bahan-bahan asas pembuatan atap rumbia antaranya perlu berdepan binatang liar seperti ular berbisa termasuk tebuan dan pacat.
Mat Isa menjual sekeping atap rumbia mengikut saiz yang diminta oleh pelanggan.
"Generasi muda memang tidak minat membuat atap rumbia ini mungkin kerana pekerjaannya tidak popular. Tiada yang berminat untuk datang belajar.
"Ada beberapa pelajar dari sebuah universiti yang datang buat praktikal untuk melengkapkan kajian mereka sebelum ini.
"Saya dapati ada yang gagal untuk menghasilkan sekeping atap rumbia, nampak mudah tetapi sebenarnya susah," ujarnya yang menjual sekeping atap rumbia mengikut saiz yang diminta oleh pelanggan.
Tambahnya, legasi pembuatan atap tradisional tersebut akan diperturunkan kepada anak-anak apabila mereka dewasa kerana masih lagi mampu memberikan pulangan pendapatan sampingan kerana sentiasa mendapat permintaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 04 2022
Mat Isa menunjukkan atap rumbia yang dipasang digazebonya sejak 10 tahun lalu di Kampung Tebing, Napoh masih kukuh sehingga hari ini. -Foto Sinar Harian
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Atap rumbia kembali dicari tahan 20 tahun
Atap tradisional itu disokong buluh yang diraut sebelum dijahit menggunakan kulit pokok bemban atau rotan untuk mengikatnya.