KUALA LUMPUR: Astro AWANI mengungguli Anugerah Digital Media Asia (DMA) 2022 selepas memenangi empat anugerah yang dipertandingkan.
Menerusi anugerah berprestij itu, Astro AWANI menerima emas bagi anugerah 'Best Branded/ Sponsored Content Campaign' atau kandungan jenama menerusi laporan 'Agro-X by Agrobank'.
Turut memenangi emas menerusi kategori Projek Khas Terbaik COVID-19 ialah kandungan digital 'COVID-19: Data dan Informasi Setakat Ini'.
Selain itu, Astro AWANI turut merangkul perak bagi kategori 'Best Newsletter' (Berita Ringkas Melalui Emel Terbaik) menerusi kandungan yang dimuatkan dalam 'Tujuh Topik Terhangat'.
Laporan 'Rentas Jambatan Endemik' juga turut merangkul perak dibawah kategori sama.
Menurut Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, “Kemenangan ini mencerminkan kehendak pengguna dan penonton terhadap kandungan kreatif kian sofistikated. Penonton sentiasa mahukan kualiti kandungan yang terbaik, seimbang dan konstruktif. Terima kasih kepada penonton dan penganjur WAN-IFRA di atas penganugerahan di peringkat Asia.”
Anugerah ini merupakan pengiktirafan antarabangsa yang pertama dimenangi oleh platform berita paling dipercayai di Malaysia itu yang mana turut membuktikan strategi kandungan digital Astro AWANI telah berjaya mengambat panel juri dari Persatuan Penerbit Berita Sedunia (WAN-IFRA).
Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan lagi komitmen platform berita itu untuk mengembangkan kandungan digitalnya ke tahap lebih tinggi.
Selain Astro AWANI, platform antarabangsa lain yang turut dicalonkan termasuk Tatler Asia, MediaCorp, Economist Impact, The Strait Times (SPH Media) dan pelbagai lagi.
Anugerah DMA 2022 merupakan anugerah antarabangsa yang mengiktiraf industri media khusus dalam penerbitan berita sedunia menerusi kandungan digital dan teknologi.
Sejak dilancarkan dan memasuki tahun ke-14 penganjurannya, DMA telah menghimpunkan ratusan pemain industri setiap tahun yang terdiri dari kalangan penerbit, editor dan eksekutif digital dari pelbagai platform digital.
Selepas dianjurkan di Hong Kong pada tahun lalu, kali ini Singapura dipilih menjadi tuan rumah buat acara berprestij itu.
Tahun lalu, DMA 2021 disertai lebih 915 peserta yang mewakili 342 organisasi dari 41 negara.
Nickyson Nyambar
Thu Nov 03 2022

Astro AWANI mengungguli Anugerah Digital Media Asia 2022 selepas memenangi empat anugerah yang dipertandingkan. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Astro AWANI rangkul anugerah antarabangsa, ungguli empat kategori DMA 2022
Astro AWANI mengungguli Anugerah Digital Media Asia (DMA) 2022 selepas memenangi empat anugerah yang dipertandingkan.