KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China, membabitkan wang tunai RM140,000 di sebuah apartment, bulan lepas.
Kelima-lima mereka, ASP Mohd Faizol Ismail, 41, dan empat anggota berpangkat korperal iaitu Khairil Annuar Sulaiman, 39, Mohd Zaidi Jamaludin, 35, Mohd Adrafil Adlan Roslan, 28, dan Ahmad Rohafiz Abdul Rani, 39, didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas wang tunai berjumlah RM140,000 milik Zhang Chenxuan berusia 20-an di sebuah unit apartment di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju di sini pada 5.30 petang, 6 April.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, berserta syarat tambahan pasport kesemua tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, sehingga kes selesai.
Peguam Gurmukh Singh Sandhu yang mewakili Khairil Annuar, Mohd Zaidi, Ahmad Rohafiz dan Mohd Faizol, memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.
Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Mohd Adrafil Adlan, turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya, yang masih belum berkahwin perlu menjaga ibu bapanya.
"Kesemua tertuduh termasuk anak guam saya hadir sendiri ke mahkamah, ini menunjukkan sikap mereka yang bertanggungjawab. Anak guam saya dan tertuduh lain merupakan penjawat awam (polis) yang masih bertugas selain mereka tidak akan melarikan diri," kata peguam itu.
Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Astro AWANI

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Pegawai kanan polis didakwa terima rasuah
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,000 pada 2019.

ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.