KUALA LUMPUR: Tragedi pada 2008 merubah fizikalnya namun bukan semangatnya.
Bagi Nur Ashikeen Iqbal atau lebih komersial dengan panggilan Kimi, dia tidak menyangka diberikan peluang mewakili Malaysia untuk pertandingan Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia 2022 di Rosarito, Mexico.
Akui Kimi ketika ditemui Astro AWANI berkata, menyifatkan peluang ini sebagai platform membuktikan golongan istimewa juga mampu menyahut cabaran sama seperti individu normal.
“Perjalanan saya ke Mexico bakal mengambil masa lebih 20 jam sebelum tiba di sana. Cabaran saya sudah bermula memandangkan pergerakan saya amat terhad, tidak mengapa…demi Malaysia, saya sanggup lakukannya.
“Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam pertandingan ratu cantik berkerusi roda peringkat dunia. Sebelum ini saya pernah memenangi gelaran Wheelchair Queen Malaysia 2018 sekali gus melayakkan saya untuk menyertai di peringkat dunia pula,” katanya.
Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, meskipun mengalami lumpuh dari paras pinggang hingga kaki, kekurangan tidak dijadikan penghalang untuk menempa kejayaan.
“Kerusi roda merupakan ‘sahabat’ sejak usia 18 tahun lagi. Pada awalnya sukar untuk saya terima kerana terpaksa bergantung kepada kerusi roda sepanjang hidup tetapi sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya bersemangat melalui hari mendatang.
“Saya terlibat dalam insiden langgar lari ketika tinggal di Singapura yang menyebabkan saya lumpuh. Selepas kejadian saya berpindah ke Kuala Lumpur bersama keluarga dan mulakan hidup baharu di sini.
“Saya juga baru sahaja tamat pengajian di bawah program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan akan meneruskan karier sebagai usahawan sosial,” kata Kimi yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Wawasan Open Universiti.
Dalam pada itu, Kimi memohon rakyat Malaysia mendoakannya agar diberi kesihatan baik dan dilancarkan perjalanannya di Mexico kelak.
Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia 2022 diwakili 27 wanita golongan istimewa dari seluruh dunia dalam usaha untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan kurang upaya.
Acara ini bakal berlangsung bermula 23 hingga 29 Oktober dan Kimi dijangka pulang ke tanah air pada 2 November depan.
Faida Rahim
Wed Oct 19 2022
Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia 2022 diwakili 27 wanita golongan istimewa dari seluruh dunia dalam usaha untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan kurang upaya. Gambar/Instagram/@misswheelchairworld
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Taufan Helene dan Ribut Tropika John: Rakyat Malaysia di AS dan Mexico diminta berwaspada
Dalam nasihat media pada Khamis, kementerian menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal berwaspada.
Tiga maut akibat Taufan Tropika John di Mexico
Taufan Tropika John menyebabkan hujan lebat di sepanjang pantai Pasifik selatan Mexico ketika ia bergerak ke darat pada Selasa.
Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi - Duta
Antara bidang teknologi termasuk kilang pintar, pengeluaran robotik, semikonduktor, elektronik, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, agroteknologi, bioteknologi, dan penjagaan kesihatan.
Kartel dadah: Datuk Bandar Mexico diculik sebelum ambil alih jawatan
Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pelajar jurusan undang-undang berarak bantah reformasi badan kehakiman Mexico
Reformasi tersebut akan menyaksikan hampir 7,000 hakim, majistret, dan hakim termasuk Mahkamah Agung dipilih melalui undian rakyat.
Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.