KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) menegaskan pihaknya mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian, sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di Perairan Sarawak.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dibuat bagi memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan milik Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas.
"Saya tidak guna perkataan ceroboh lagi. Sebab ini adalah kawasan sama-sama claim (tuntut) jadi tidak mengapa begitu.
"Lebih daripada cukup," katanya dalam sidang akhbar ketika lawatan ke galeri jualan Satu Anggota, Satu Rumah (SASaR), pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan media bahawa kapal peronda kelas-Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kelantan (PV175) kini berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali bagi memantau kehadiran kapal pengawal pantai China.
Menurut pemilik akaun Twitter, Ray Powell @GordianKnotRay, kapal peronda TLDM itu tiba di perairan sekitar Beting Patinggi Ali pada Selasa untuk memantau kapal pengawal pantai China, CCG 5303.
Menurut beliau, kapal pengawal pantai China terbabit telah berada di kawasan perairan Beting Patinggi Ali sejak 12 Januari lalu untuk mengacau kerja-kerja explorasi gas dan minyak yang sedang giat dilakukan oleh beberapa syarikat di kawasan itu.
Jelas Mohamad lagi, aktiviti pemantauan itu kini dilakukan Anggota Tentera Malaysia (ATM) terdiri daripada tentera darat, laut dan udara.
"Kita mengawasi keadaan di mana tentera udara, laut dan darat bersedia dan kita juga meletakkan aset kita di sana supaya ia tidak menjadi 'doktrain of estopple' di mana tidak ada pihak yang menuntut.
"Bila kita letak aset kita di sana, ia menjadi hak milik maka kita letak aset kita di sana. Ini kawasan pertindihan begitulah. Masing-masing nak buktikan kawasan mereka dan kita akan buktikan dengan mempunyai aset kita berada di sana... buktikan kita pun nak claim kawasan yang sama," katanya.
Difahamkan Beting Patinggi Ali adalah gugusan batu karang yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia.
Gugusan batu karang itu antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.
Pada Julai 2020, Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk menolak tuntutan China di perairan itu melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media selepas membuat lawatan ke tapak pembinaan perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia di Sungai Besi hari ini. - Foto BERNAMA
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM
Perdana Menteri menasihatkan nelayan di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China.
Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Beting Patinggi Ali milik Malaysia, tidak iktiraf sebarang tuntutan - MINDEF
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri, Sarawak dan dalam kawasan perairan ZEE Malaysia.
Aset tentera negara cukup untuk pantau Beting Patinggi Ali - Mohamad Hasan
Mindef menegaskan pihaknya mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian, sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di Perairan Sarawak.
Tiada bot dan kapal China ceroboh perairan negara - Hishammuddin
Tiada bot dan kapal dari China menceroboh perairan negara di Laut China Selatan seperti didakwa sebelum ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.