Perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China merupakan isu terbesar yang akan terus berlanjutan mendepani 10 negara anggota ASEAN.
Profesor politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tindakan kenaikan tarif yang dikenakan oleh kedua-dua buah negara kuasa besar itu secara langsung memberi impak ekonomi kepada ASEAN.
Bagaimanapun, beliau melihat terdapat penyelesaian jangka masa panjang buat negara ASEAN sekiranya sekali lagi berdepan ketegangan ekonomi kuasa besar dunia.
"Semua negara-negara ASEAN meletakkan perang dagang antara AS dan China sebagai isu tersebesar yang mungkin dihadapi oleh negara-negara ini. Ia apabila AS mengenakan perang dagang kerana cuba mengimbangkan perdagangan AS yang sangat tidak seimbang.
"Apabila berlaku keadaan itu, termasuk dinaikkan tarif dan sebagainya, kesannya juga tempias kepada (ekonomi) kita, menjejaskan dagangan.
"Jadi, kita kena cari dan kenal pasti jalan terbaik selain mengambil kesempatan daripada masalah itu untuk tarik pelaburan dan perdagangan, termasuk di Malaysia juga," katanya kepada Astro AWANI.
Tegasnya, kelompok negara ASEAN perlu inovatif selain menggalakkan perdagangan intra-ASEAN yang akan mengukuhkan ekonomi tatkala berdepan krisis global seperti perang dagang AS-China.
“Urusan ekonomi perlu dirancakkan sebab potensi Asia Tenggara ini amat besar terutama negara-negara yang baru muncul dan semakin berkembang seperti Kemboja.
“Pelabur-pelabur daripada Malaysia boleh melabur ke negara ini dan mendapat pulangan yang lebih baik. Cuma perlu dikenalpasti industri apa yang kukuh bagi setiap negara ASEAN.
“Contohnya sekarang orang bercakap berkenaan keselamatan makanan (food security) di mana pembekal beras paling utama di dunia adalah Asia Tenggara khususnya Thailand dan Vietnam dan ini boleh digunakan untuk menjamin kestabilan makanan di Asia Tenggara,” ujarnya.
Ditanya apakah industri yang terbaik untuk Malaysia, Azizuddin berkata cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan kereta ASEAN merupakan langkah terbaik lantaran Malaysia berpengalaman dalam memajukan industri berat itu.
“Beliau (Tun Mahathir) tahu bahawa, buat apa kita beli kereta daripada Jepun atau Eropah? Kenapa tidak kita hasilkan kereta ASEAN dan jenama kita dan pasarannya agak besar dalam kalangan negara ASEAN.
“Dahulu ada kerjasama Malaysia menerusi Proton dengan Indonesia. Presiden, Joko Widodo ketika itu datang melawat ke Tanjung Malim, tetapi sekarang jadi apa dengan idea itu?
“Idea itu sangat menarik sebab kerjasama antara negara pengeluar produk industri berat seperti kereta dan ia dijual kepada pasaran sedia ada di Asia Tenggara - dengan lebih 600 juta penduduk - akan merancakkan lagi inovasi dan perkembangan ekonomi dalam negara ASEAN,” ujarnya.
Justeru, beliau berpandangan bahawa satu negara satu industri perlu direalisasikan dengan segera seiring cabaran global yang tidak menentu terutama pada masa akan datang.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 08 2019

Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan kereta ASEAN merupakan langkah terbaik lantaran Malaysia berpengalaman dalam memajukan industri berat itu. - Foto BERNAMA

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.

Perbicaraan warga Singapura kes curi mata wang kripto di AS pada 6 Okt
Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menetapkan 6 Oktober tahun ini sebagai perbicaraan Malone Lam, lelaki warga Singapura yang didakwa mencuri dan melakukan pengubahan wang haram lebih US$230 juta.

Penangguhan bantuan AS kepada Ukraine langkah strategik dorong ke arah keamanan - Penganalisis
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini untuk menangguhkan bantuan ketenteraan negara itu kepada Ukraine telah menarik perhatian antarabangsa.

Ramai rakyat Amerika tidak bersetuju tarif ke atas China, Mexico, Kanada - Tinjauan
Sebanyak 63 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak menyokong keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari China, Mexico dan Kanada.

Trump persoal pakatan keselamatan, Jepun suarakan 'keyakinan penuh' kepada AS
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).