GOMBAK: Di sebalik memberi tumpuan kepada kepelbagaian, anggota ASEAN kini lebih menekankan keinginan yang sama dan kehendak kolektif, untuk mewujudkan rantau yang aman, selamat, stabil, serta mempunyai pertumbuhan ekonomi dan sosial yang mampan.
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ASEAN hari ini menghadapi pelbagai cabaran, antara lain – persaingan merebut kuasa; ketidaktentuan; jurang pembangunan; kemelesetan sumber; serta ancaman perubahan iklim.
Atas sebab itu beliau berkata, melalui tema ASEAN tahun ini – ASEAN Matters: Epicentrum of Growth – ASEAN memilih untuk meningkatkan usaha bagi memastikan rantau ini terus aman, stabil dan makmur, serta mempromosi pertumbuhan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
“Usaha kolektif kami telah mewujudkan blok ekonomi yang kukuh dan dinamik, memacu pertumbuhan dan pembangunan di rantau kami - blok serantau yang berpengaruh yang mampu menyatukan negara-negara yang mempunyai kekuatan ekonomi strategik untuk memupuk kerjasama yang meluas.
“Keupayaan kami untuk membawa kuasa besar ke meja untuk dialog dan kerjasama menunjukkan "kuasa bersidang" ASEAN.
“Oleh itu, ASEAN boleh memanfaatkan kekuatan ini untuk bekerjasama dengan rakan kongsi luarnya ke arah melabur dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan yang inklusif, bagi memastikan daya tahan dan kemakmuran untuk generasi akan datang,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari ASEAN ke-56 di Pusat Kebudayaan UIAM, anjuran secara bersama pihak kementerian dan Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity UIAM, di Gombak, Selangor dengan tema Promoting Regional Sustainable Growth.
Berucap lanjut, Zambry berkata, selari dengan usaha ASEAN, Malaysia telah menggariskan pertumbuhan ekonomi hijau sebagai inisiatif menangani ancaman perubahan iklim, serta menyokong agenda keamanan sejagat dan pembangunan ekonomi mampan.
“Perjalanan ke arah mencapai pertumbuhan mampan merupakan perjalanan yang bercita-cita tinggi, yang memerlukan kolaborasi merentas sektor, yang dapat memperkasakan rakyat melalui pendidikan berkualiti tinggi, menyemarakkan inovasi, serta memupuk penyertaan digital.
“Pusat-pusat pengajian tinggi boleh memainkan peranan yang cukup penting dalam mempromosi dan menggerakkan tujuan ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 08 2023
ASEAN memilih untuk meningkatkan usaha bagi memastikan rantau ini terus aman, stabil dan Makmur, serta mempromosi pertumbuhan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan. - Gambar fail/BERNAMA
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
ASEAN perlu tumpu usaha pastikan rantau terus stabil dan makmur - Zambry
ASEAN memilih untuk meningkatkan usaha bagi memastikan rantau ini terus aman, stabil dan Makmur, serta mempromosi pertumbuhan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.