MEKAH: Abnil Hajar Ismail, jemaah haji Malaysia yang pertama meninggal dunia di Mekah akibat pecah pembuluh darah disifatkan sebagai seorang yang rajin menunaikan solat jemaah hampir setiap waktu di masjid.
Isteri Allahyarham Sa'diah Bakar, 72, berkata ada ketika mereka ke masjid yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di kampung, Kubang Pasu, Kedah dengan bermotosikal dan kadangkala arwah berjalan kaki sendirian ke masjid.
"Semasa nak datang (ke Tanah Suci) tidak ada tunjuk perangai (pelik), semua biasa sahaja. Kami sempat buat kenduri doa selamat dan tahlil sebelum datang.
"Arwah kelihatan seronok sebab semua anak cucu pakat balik... semua berkumpul, kawan-kawan pun ramai yang datang," katanya kelihatan sugul ketika ditemui petugas media di penginapannya di Hotel Premium Land di sini malam tadi.
Sa'diah yang telah mendirikan rumah tangga hampir 54 tahun dengan arwah suaminya berkata kali terakhir beliau keluar bersama adalah pada petang Khamis sebelum arwah mengadu kurang sihat, lenguh badan sebelum muntah di biliknya pada pagi Jumaat.
Beliau kemudian menemani arwah suaminya yang menghidap penyakit darah tinggi mendapatkan rawatan di klinik TH di Maktab 79, namun disebabkan kes berkenaan serius, Abnil kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital King Fahd untuk mendapatkan rawatan lanjut, tetapi dia tidak dapat menemaninya.
"Selepas itu, orang Tabung Haji bagi tahu dia dah tak dak (meninggal), masa diberi tahu, tak tau nak cakap (perasaan), kawan-kawan (bilik) dok pakat pegang...keluarga di kampung pun, saya bagi nombor telefon suruh kawan-kawan (bantu) bagi tahu.
"Mak cik sendiri tak boleh cakap dah masa tu...Depa (keluarga) pun tak boleh cakap dah semasa diberitahu, semua dok ghiyau (menangis). Kita pun ghiyau sama. La ni (sekarang) semua dok pakat balik untuk buat kenduri tahlil," katanya yang telah 54 tahun berkahwin dengan arwah dan dikurniakan empat anak dan lapan orang cucu.
Biarpun tanpa kehadiran suami, beliau bertekad dan bersemangat untuk mengerjakan ibadah haji hingga selesai dengan dibantu oleh rakan-rakan sebilik dan petugas TH.
Sementara itu, Pengurus Maktab 79 Al-'Amin Jaminon berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham Abnil adalah pada 11.30 pagi di klinik rawatan di maktab berkenaan dan sempat memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya pulih seperti sedia kala agar dapat kembali menunaikan ibadah.
Arwah kemudian dirujuk ke Hospital King Fahd dan beliau sendiri telah dimaklumkan oleh pihak Mashariq bahawa ada jemaah telah dimasukkan ke zon merah.
"Bagaimanapun tidak sampai lima minit, saya dimaklumkan jemaah haji berkenaan meninggal dunia dan saya terkedu. Setelah saya dapat tahu pemergian beliau, apa yang saya buat saya tenang dulu dan saya tidak boleh terus maklumkan kepada pihak waris," katanya.
Proses pengesahan kemudian dilakukan dengan wakil berhubung dengan pihak hospital serta wakil TH tentang nama dan punca kematian, sebelum dimaklumkan kepada waris serta dibawa ke hospital untuk pengecaman.
Menurut beliau proses pengecaman di hospital, urusan mandi dan kafan jenazah di Masjidil Haram semuanya berjalan lancar dan Allahyarham dikebumikan di Perkuburan Assyaria di sini selepas solat subuh pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman turut menyantuni Saadiah di bilik penginapannya bersama panel syariah (pegawai TH) bagi menerangkan beberapa perkara.
Antaranya berkenaan, badal haji, ibadah haji di dalam idah dan prosesnya serta fadilat kematian pada hari Jumaat di Mekah dan urusan berkaitan khairat kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Sa'diah berkata kali terakhir dia dan arwah suaminya keluar bersama adalah pada petang Khamis sebelum arwah mengadu kurang sihat, lenguh badan dan muntah di biliknya pada pagi Jumaat. --fotoBERNAMA
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Arwah Abnil Hajar, jemaah pertama yang meninggal di Mekah rajin solat di masjid
Katanya, ada ketika mereka ke masjid di kampung di Kubang Pasu bersama dengan bermotosikal, dan kadangkala arwah berjalan kaki sendirian.