Jangan mimpi mahu jadi calon pilihan raya jika pendidikan tidak setinggi mana. Komposer terkenal, Mohd Azhar Abu Bakar atau Azmeer yang mahu artis berkenaan melupakan hasrat itu jika hanya mahu meraih populariti.

Kata Azmeer, kerjaya politik artis tidak mampu pergi jauh tanpa kelulusan tinggi dalam pelajaran.

Azmeer merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata, artis menyertai politik kerana menerima pendapatan lebih berbanding membuat persembahan.

Selain itu kehadiran ramai artis baru menyumbang faktor beralih angin kepada politik.

Justeru, penyertaan artis dalam politik terutama menjadi calon pasti memberi suasana baru dalam pilihan raya kali ini.