KUALA LUMPUR: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.
Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kedua-dua ahli politik tersebut menyalah guna kuasa penjawat awam bagi menyembunyikan rancangan kesalahan di bawah Seksyen 119 dan 120 Kanun Keseksaan.
"Pihak kami membuat laporan polis berhubung fitnah Guan Eng ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan isu pelepasan cukai Yayasan Albukhary," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini pada Jumaat.
Hadir sama Exco Armada Nasional, Harris Idaham Rashid dan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas.
Isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary timbul selepas bekas Perdana Menteri, Muhyiddin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah diluluskan selepas gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun pada 10 Mac lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menafikan tuduhan tersebut dan membuat laporan polis terhadap Muhyiddin pada pada 22 Mac.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Anwar dan Guan Eng menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu dan perbuatan itu salah di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan.
Selain itu Wan Ahmad Fayhsal berkata, Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan akhbar yang lebih mengelirukan menyatakan bahawa permohonan rayuan Muhyiddin berhubung pengecualian cukai Yayasan Albukhary tidak dibatalkan atau ditolak oleh Guan Eng atau mana-mana pegawai kementerian atau juga pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tegasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan itu adalah tidak munasabah.
Jika perkara yang sedemikian katanya, tiada sebab untuk Presiden Bersatu untuk membuat rayuan.
"Ini juga mengeruhkan lagi situasi dan menyebabkan Presiden Bersatu didakwa dan dikenakan pertuduhan salah guna kuasa atas isu cukai," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 24 2023

Wan Ahmad Fayhsal menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Anwar dan Guan Eng di IPD Dang Wangi pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.