KUALA TERENGGANU: Arkeologi dasar laut mampu dijadikan bidang kajian baharu untuk diterokai generasi muda yang berminat mengkaji cabang ilmu melibatkan pelbagai aplikasi bersifat marin dan akuatik.
Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata UMT bersedia mengambil inisiatif untuk menjadikan kawasan kapal karam sebagai antara lokasi pembelajaran dan latihan bagi bidang berkenaan.
"Latihan boleh disediakan bagi mereka yang berminat khususnya penggemar sukan selam skuba, bagi mempelajari dan merasai pengalaman aktiviti selaman arkeologi.
"Kami akan bekerjasama dengan rakan strategik lain seperti UZMA Archeological Research (UAR) Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Muzium Negeri Terengganu untuk tujuan itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya terdapat lebih 10 bangkai kapal ditemui di perairan negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.
"Terdapat beberapa bangkai kapal karam yang terkenal seperti Turiang, Nanyang, Longquan, Nanhai Diraja, Xuande, Singtai, Wanli, Nassau, Risdam, Diana serta Desaru, dan menariknya tiga daripada kapal karam yang dijumpai iaitu Longquan, Singtai dan Wanli berada di perairan negeri ini," katanya.
Hasrizal yang juga pensyarah kanan bidang kajian Paleosekitaran dan Geokimia di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT berkata sudah tiba masanya satu langkah drastik dan proaktif diambil untuk memperkasa bidang penyelidikan arkeologi bawah air bagi meneroka lebih banyak sejarah antarabangsa pada zaman silam.
Katanya penemuan bangkai-bangkai kapal mendorong kepada usaha untuk merancang satu bentuk penyelidikan arkeologi bawah air khususnya di Terengganu secara lebih holistik, bagi memahami peranan dan fungsi perairan negeri ini sebagai laluan perdagangan penting pada masa lampau.
Beliau berkata kajian susulan juga perlu dilakukan segera selepas kejayaan proses eskavasi kapal karam The Bidong Shipwreck di perairan Pulau Bidong pada 2017.
Menurutnya kapal yang karam di kedalaman 18 meter itu boleh diterokai penyelam rekreasi, sekali gus memudahkan proses eskavasi dan menyelamatkan artifak seperti tembikar batu berkilat yang berasal dari Thailand pada abad ke 15 hingga 17 Masihi.
"Program eskavasi itu sangat membanggakan kerana telah menggunakan seratus peratus tenaga anak tempatan dan kita jangka keseluruhan seramik serta artifak yang berada di dasar perairan Pulau Bidong masih sangat banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Arkeologi dasar laut mampu dijadikan sebagai bidang kajian baharu untuk diteroka generasi muda yang berminat untuk mengkaji cabang ilmu yang melibatkan pelbagai aplikasi bersifat marin dan akuatik. - Foto BERNAMA
'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
ASEAN 2025 | 14 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Dzulfitri Yusop membawa tumpuan berikut:
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan
Suspek didakwa menceroboh kawasan kebun itu dan merompak enam pekerja sehingga berlaku kecederaan terhadap mangsa.
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Platform Perolehan Perubatan Wilayah China-ASEAN dilancarkan baru-baru ini dalam satu majlis di Bandar Fangchenggang, Guangxi, China
SDG: Peranan panel sains perlu disokong kerajaan, masyarakat awam
Sebarang keputusan atau pelaksanaan perlu dilakukan secara kolaboratif oleh negara, kerajaan, dan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ahli akademik, komuniti orang asli, komuniti tempatan, sektor swasta dan orang awam.
Pasaran kerja: Rangka kerja strategi atasi cabaran AI - Steven
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu lebih mudah diakses, berpatutan dan berasaskan kemahiran, selain perlu diangkat menjadi satu sistem pendidikan berkelas satu dengan kerjasama pemain industri.
Memanfaatkan peluang sebagai pengerusi ASEAN pacu industri halal
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bertekad mengetengahkan industri halal sebagai standard global, menerusi inisiatif seperti ASEAN Mall dan seminar antarabangsa, memperkukuh kedudukan negara dalam pasaran halal.
Arkeologi dasar laut, kajian baharu untuk diteroka generasi muda
Latihan boleh disediakan bagi mereka yang berminat khususnya penggemar sukan selam skuba, bagi mempelajari dan merasai pengalaman aktiviti selaman arkeologi.