MANJUNG: Ungkapan Setia Kawan yang sangat ikonik dengan Sitiawan dizahirkan melalui pembinaan sebuah arca sebagai mercu tanda baharu di kawasan itu.
Arca yang diwujudkan bagi memperingati semangat setia kawan dalam kisah sejarah tentang bagaimana pekan Sitiawan mendapat namanya itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
"Arca 'Setia Kawan' ini memang unik kerana mempunyai nilai sejarah termasuk kisah teladan iaitu kisah seekor gajah yang tidak mahu meninggalkan seekor gajah lagi yang terperangkap di dalam sungai.
"Apabila air sungai naik gajah itu tidak meninggalkan 'kawannya' hingga mengakibatkan kedua-duanya mati, yang kemudiannya sungai itu dinamakan Sungai Gajah Mati dan Kampung Gajah Mati," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Arca Setia Kawan di Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh dekat sini, yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif Tourism Perak Nurmalis Musa dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Syamsul Hazeman Md Salleh.
Turut hadir Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Astaka Jason Ng Thien Yeong dan ADUN Pantai Remis, Wong May Ing.
Menurut Nga, selepas Kampung Gajah Mati mendapat musibah, namanya berubah kepada Setia Kawan pada 1886.
"Pada tahun itu wabak cacar menyerang kampung itu hingga mengakibatkan banyak kematian dan segelintir penduduk melalui Ketua Kampung dikenali sebagai Mohd Ali telah menulis surat kepada Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low supaya nama Gajah Mati ditukar kepada Setia Kawan.
"Sejak itu ia dikenali sebagai Setia Kawan dan penduduk kampung memendekkan nama kepada Sitiawan sahaja," katanya.
Nga berkata MPM telah memperuntukkan RM600,000 di kawasan Kampung Koh bagi memastikan Lorong Budaya Setia Kawan Kampung Koh sebagai tempat tarikan pelancongan di daerah ini.
"Mural dan lampu-lampu yang menghiasi dinding bangunan lama di sini berpotensi menjadi satu lagi tarikan terbaharu buat pengunjung.
"Begitu juga jualan di kedai-kedai yang masih beroperasi di bangunan lama dan dalam tempoh satu tahun ini, bagi memastikan Kampung Koh bersedia menjadi antara tempat untuk dikunjungi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
![Arca Setia Kawan simbolik kewujudan Sitiawan dirasmi Arca Setia Kawan simbolik kewujudan Sitiawan dirasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707666202_NgaKorMing.jpg)
Menurut Nga, selepas Kampung Gajah Mati mendapat musibah, namanya berubah kepada Setia Kawan pada 1886. - Gambar Bernama
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581557133_IIUM.jpg)
LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran
Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus.
![LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085120_AIRKELANTAN.jpg)
LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah
Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.
![LKAN: Perolehan, penyelenggaraan kapal TLDM tidak dilaksanakan ikut jadual LKAN: Perolehan, penyelenggaraan kapal TLDM tidak dilaksanakan ikut jadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720084504_TLDMKDSriIndera.jpg)
LKAN: Perolehan, penyelenggaraan kapal TLDM tidak dilaksanakan ikut jadual
TLDM didapati gagal melaksanakan perolehan kapal baharu mengikut perancangan dan menyelenggara kapal sedia ada mengikut jadual.
![Kempen derma untuk suami arwah Ustazah Zaleha cedera dalam kemalangan di Singapura Kempen derma untuk suami arwah Ustazah Zaleha cedera dalam kemalangan di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720083262_kempenderma.jpg)
Kempen derma untuk suami arwah Ustazah Zaleha cedera dalam kemalangan di Singapura
Zaleha Maksum, 74, yang mengajar al-Quran Braille setiap Sabtu di sebuah pusat Islam di republik itu, meninggal dunia dalam insiden itu.
![PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen
Buat masa ini, keseluruhan perjalanan kempen yang terkait dengan isu keselamatan adalah terkawal.
![Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024 Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714172630_globalheatwave.jpg)
Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024
Pelancong China menduduki senarai teratas dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh sama.
![Dakwaan proses plastik terpakai jadi pelet ikan hanyalah kekeliruan Dakwaan proses plastik terpakai jadi pelet ikan hanyalah kekeliruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720083020_NikNazmiOperasi.jpg)
Dakwaan proses plastik terpakai jadi pelet ikan hanyalah kekeliruan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyangkal dakwaan penggunaan pelet plastik dijadikan sebagai makanan ikan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penternak akuakultur.
![LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
![PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.
![Arca Setia Kawan simbolik kewujudan Sitiawan dirasmi Arca Setia Kawan simbolik kewujudan Sitiawan dirasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707666202_NgaKorMing.jpg)
Arca Setia Kawan simbolik kewujudan Sitiawan dirasmi
Ungkapan Setia Kawan yang sangat ikonik dengan Sitiawan dizahirkan melalui pembinaan sebuah arca sebagai mercu tanda baharu di kawasan itu.
![Misteri dua rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan Misteri dua rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691223118_garisanpolispolic.jpg)
Misteri dua rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan
Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi Isnin.
![Jangan cemas pesawat terbang rendah - TUDM Jangan cemas pesawat terbang rendah - TUDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664490119_TenteraUdaraDiraja.jpg)
Jangan cemas pesawat terbang rendah - TUDM
TUDM mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lumut, Sitiawan terutamanya di ruang udara Manjung, bermula esok.
![Polis tahan seorang lelaki, rampas heroin, ganja lebih RM122,000 di Sitiawan Polis tahan seorang lelaki, rampas heroin, ganja lebih RM122,000 di Sitiawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676354190_Polistahanseorang.jpg)
Polis tahan seorang lelaki, rampas heroin, ganja lebih RM122,000 di Sitiawan
Suspek dipercayai mula aktif dalam pengedaran dadah sejak tahun 2021.
![Kren runtuh: Arwah sering bantu adik walau jarang berhubung Kren runtuh: Arwah sering bantu adik walau jarang berhubung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667290727_TBhajmki.jpg)
Kren runtuh: Arwah sering bantu adik walau jarang berhubung
Mangsa kren runtuh Abdul Rajim Hasmki tidak menunjukkan sebarang perubahan sewaktu kali terakhir adiknya menghubungi abangnya itu kira-kira dua bulan lepas.
![Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren - Polis Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667233833_runtuhankrenperak.jpg)
Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren - Polis
Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren yang menyebabkan dua lelaki maut dan seorang cedera di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam.
![Polis tahan lelaki Bangladesh bantu siasatan kes bunuh Polis tahan lelaki Bangladesh bantu siasatan kes bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650459519_handcuff.jpg)
Polis tahan lelaki Bangladesh bantu siasatan kes bunuh
Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh lewat tengah malam tadi yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki senegaranya di Sitiawan, Manjung, Isnin lepas.
![17 anggota bomba di Perak positif COVID-19 17 anggota bomba di Perak positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619110598_BOMBA.jpg)
17 anggota bomba di Perak positif COVID-19
Seramai 17 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak disahkan positif COVID-19.
![Pemandu maut, lori terbabas langgar tiang elektrik Pemandu maut, lori terbabas langgar tiang elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623801777_Pemandumaut.jpg)
Pemandu maut, lori terbabas langgar tiang elektrik
S Elangeswaran disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
![Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua anak Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611027797_penjawatawam.jpg)
Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua anak
Tertuduh yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.