KUALA LUMPUR: Minat mendalam dan pembabitan Nizam Abdullah dalam seni pembinaan arca berjaya melakar sejarah apabila karya arca gantung berkonsepkan 'Pohon Meranti' ciptaannya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records, pada Isnin.
Arca rekaan Nizam, 41, setinggi 150 meter dengan berat sekitar 2,000 kilogram (kg) itu digantung di bangunan Residensi Pudu Alam Rekreasi setinggi 47 tingkat, sekali gus menjadikannya arca gantung tertinggi di bangunan kediaman di Malaysia.
Lebih mengejutkan apabila isterinya Shima Nekmat, memaklumkan projek yang dihasilkan di Nizamsculpture Studio itu menelan kos perbelanjaan mencecah RM1 juta berikutan aspek-aspek keselamatan awam yang menjadi keutamaan.
"Ini kerana bahan utama yang digunakan untuk projek ini adalah winch (sejenis peralatan mengangkat muatan berat) yang diletakkan di tingkat paling tinggi (di bangunan) untuk gantungkan arca-arca itu. Winch sahaja nilainya melebihi RM100,000 kerana kita mengimportnya dari luar negara. Kabel-kabelnya (untuk arca) itu pun kita import dari Jerman dengan kos melebihi RM40,000.
"Apabila kita sebut mengenai keselamatan, kita tidak boleh berkompromi. Perlu menggunakan bahan-bahan yang berkualiti," katanya yang turut memaklumkan projek pembinaan arca itu mengambil masa kira-kira satu tahun untuk disiapkan.
Shima yang juga merupakan Penasihat Perniagaan Nizamsculpture Studio berkata projek itu adalah antara projek terbesar pernah dilaksanakan suaminya selain arca ikonik, iaitu sebuah patung berwarna yang diberi nama 'Togetherness' yang kini berada di sekitar Menara Naza, Taman Platinum KLCC.
Menurutnya Nizam yang merupakan alumni jurusan seni halus dari LimKokWing University sebelum ini pernah menerima beberapa anugerah termasuk Best Sculpture Provider 2021 oleh NiagaTimes bagi kategori Excellence World Award dan Singapore Business Review 2022.
"Aspirasi kita adalah untuk mewujudkan satu hub di Nizamsculpture Studio agar pelajar boleh lakukan latihan industri. Kerana pelajar aliran seni ini memerlukan hub untuk mereka lakukan hasil seni seperti pembinaan arca dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu Senator Dewan Negara Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata industri dan bakat seni tempatan perlu diangkat bagi mendepani gelombang persaingan budaya popular dari negara luar yang dilihat semakin menenggelamkan budaya seni negara.
Armand mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan Nizamsculpture Studio, Nizam atas kejayaan menghasilkan arca berkualiti tinggi sekali gus mencipta sejarah di dalam Malaysia Book of Records sebagai arca gantung tertinggi di bangunan kediaman.
"Kejayaan ini juga menepati visi dan misi Keluarga Malaysia untuk melahirkan rakyat yang memiliki daya pemikiran kreatif dan inovatif yang tinggi. Saya harap, pencapaian ini akan terus melahirkan dan menggalakkan lebih ramai bakat pengkarya arca tempatan sekali gus memartabatkan industri seni khususnya seni arca negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
![Arca gantung 'Pohon Meranti' setinggi 150 meter tempa nama dalam Malaysia Book of Records Arca gantung 'Pohon Meranti' setinggi 150 meter tempa nama dalam Malaysia Book of Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655759540_nizamabdullah.jpg)
Arca rekaan Nizam setinggi 150 meter dengan berat sekitar 2,000kg digantung di bangunan Residensi Pudu Alam Rekreasi setinggi 47 tingkat. - Instagram nizamsculpture
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Arca gantung 'Pohon Meranti' setinggi 150 meter tempa nama dalam Malaysia Book of Records Arca gantung 'Pohon Meranti' setinggi 150 meter tempa nama dalam Malaysia Book of Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655759540_nizamabdullah.jpg)
Arca gantung 'Pohon Meranti' setinggi 150 meter tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Karya arca gantung berkonsepkan 'Pohon Meranti' menempa nama di dalam Malaysia Book of Records.