Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) ke atas setiap jemaah bagi setiap visa yang dikeluarkan mulai musim Haji 1441H/2020M, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Mujahid berkata kerajaan Arab Saudi menetapkan caj berkenaan, yang merupakan perkara baharu diperkenalkannya, kepada jemaah haji seluruh dunia termasuk Malaysia.
"Ini (visa) benda baharu diperkenalkan oleh Arab Saudi dan (Malaysia) tiada pilihan melainkan untuk menerima keputusan yang dibuat oleh negara itu.
"Di samping itu, Arab Saudi memansuhkan bayaran 2,000 Saudi Riyal (kira-kira RM2,171) yang dikenakan bagi jemaah haji berulang iaitu mengerjakan ibadah haji lebih daripada sekali," katanya kepada pada sidang media khas sejurus tiba di tanah air selepas lawatan tiga hari ke Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Mujahid berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Mohammad Saleh bin Taher Benten berhubung isu-isu berkenaan hal ehwal pengurusan dan persiapan jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji 1441H.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak telah menandatangani satu perjanjian bagi mengatur ketibaan jemaah dari Malaysia dan menguruskan perkhidmatan yang bakal disediakan untuk mereka sepanjang berada di Tanah Suci.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata perjanjian itu menyebut akan mengekalkan inisiatif 'Road to Makkah' iaitu fasiliti prapelepasan di KLIA bagi memudahkan semua urusan para jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji 1441H.
"Antara sebab kenapa perkhidmatan ini dikekalkan kerana bagi pihak kita, khususnya TH serta agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan keselamatan kita telah memberikan kemudahan at par, yang sama comparetable dengan sistem yang ada di Arab Saudi.
"Jadi mereka memilih kita sebagai satu destinasi prapelepasan yang sangat berkesan dan menjadi contoh kepada negara lain untuk diikuti," katanya.
'Road To Makkah' adalah satu sistem prapelepasan haji yang menyaksikan jemaah haji diambil cap jari dan pasport mereka akan dicap di negara di mana jemaah berlepas, dan kemasukan mereka ke Arab Saudi akan dipermudahkan seperti penerbangan domestik manakala bagasi mereka akan dihantar terus ke hotel penginapan mereka.
Projek perintis itu dikendalikan di Malaysia pada 2017 sebelum inisiatif berkenaan dilancarkan sepenuhnya pada 2018 di beberapa negara terpilih dan ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Nasional Kerajaan Arab Saudi (2020) untuk mencapai Wawasan 2030 negara itu.
Mujahid berkata kerajaan Arab Saudi juga bersedia meneruskan projek perintis EYAB iaitu inisiatif bagi memudahkan urusan perjalanan pulang jemaah haji ke negara masing-masing, yang akan disediakan di terminal khas di Lapangan Terbang Jeddah dan Madinah.
"Ini merupakansatu lagi pencapaian dalam rundingan kita yang membuktikan tahap kepercayaan (Arab Saudi) kepada kita," kata Mujahid.
Pada 2019, Malaysia antara tiga negara dipilih kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan projek perintis EYAB iaitu inisiatif bagi memudahkan urusan perjalanan pulang jemaah haji ke negara masing-masing
Projek perintis EYAB, yang merupakan kesinambungan Makkah Route akan dilaksanakan sepenuhnya kepada semua penerbangan membawa jemaah haji Malaysia pada musim haji kali ini.
Semasa berada di Arab Saudi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengadakan perbincangan bersama Menteri Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi Sheikh Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh di Riyadh, sebelum pulang ke Malaysia.
Mujahid berkata satu memorandum persefahaman (MoU) bakal ditandatangani antara Malaysia dan Arab Saudi dalam masa terdekat melibatkan kepentingan kedua-dua negara dalam hal ehwal pentadbiran Islam.
"Kami turut berbincang panjang tentang isu global umat Islam yang melibatkan dua paksi yang sentiasa menghantui dunia hari ini iaitu ekstremisme dan Islamophobia.
"Saya juga mengambil peluang berkongsi dengan beliau (Sheikh Abdullatif) mengenai dasar baharu pentadbiran Islam yang telah laksanakan antaranya gagasan rahmah, maqasid syariah dan model Malaysia," katanya.
Mujahid merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Penjaga Dua Kota Suci (Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud) dan Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed bin Salman) kerana telah banyak melaksanakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan para tetamu Allah dengan tanpa syarat demi memenuhi tanggungjawab mereka sebagai penjaga dua tanah suci.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 22 2020
Mujahid berkata kerajaan Arab Saudi menetapkan caj berkenaan, yang merupakan perkara baharu diperkenalkannya, kepada jemaah haji seluruh dunia termasuk Malaysia. - Gambar fail/ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Thaksin Shinawatra tak bimbang dituduh hina kerabat diraja, anggap ia bermotifkan politik
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak begitu risau dengan perbicaraan kes jenayah yang akan dihadapinya kerana memfitnah golongan diraja, yang boleh menyebabkan beliau dikenakan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Iran ada hak untuk balas dendam terhadap Israel
Rundingan gencatan senjata di Gaza langsung tidak mempunyai kaitan dengan perancangan serang balas Iran susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Dr Ismail Haniyeh, tegas jurucakap Kementerian Luar Iran, Naser Kanani, pada Isnin.
Beliau berkata, Iran tidak berhajat untuk meningkatkan ketegangan di timur tengah, namun negara itu masih mempunyai hak untuk menghukum pelaku tersebut.
Beliau berkata, Iran tidak berhajat untuk meningkatkan ketegangan di timur tengah, namun negara itu masih mempunyai hak untuk menghukum pelaku tersebut.
Hari Kebangsaan 2024: Larangan penggunaan dron pada 26 hingga 31 Ogos di seluruh negara
Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini, adalah dilarang.
Sebuah teluk di Venezuela tercemar, harta benda rosak turut rosak
Sebuah teluk di pantai utara di laut Carribean tercemar akibat insiden tumpahan minyak yang dipercayai berpunca dari sebuah kilang penapisan El Palito, Venezuela beberapa hari lain.
Enam mangsa hilang, operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Beberapa pasukan penyelam dan helikopter telah dikerahkan pada Isnin untuk mencari enam mangsa yang hilang dalam sebuah insiden kapal layar tenggelam di perairan Palermo,Italy.
Tujuh hilang selepas kapal layar karam di Sicily
Tujuh individu dikhuatiri hilang selepas kapal layar yang mereka naiki tenggelam pada awal pagi Isnin di persisiran pantai Sicily, Palermo Italy.
Agensi berita Reuters melaporkan, setakat ini pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 15 penumpang yang lain termasuk seorang kanak-kanak.
Agensi berita Reuters melaporkan, setakat ini pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 15 penumpang yang lain termasuk seorang kanak-kanak.
Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - KKDW
Rubiah berkata program kembara itu perlu diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada komuniti desa selaras hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah semasa majlis penutup Kembara Merdeka 2023.
Naik taraf prasarana sukan guna model Liga Bola Sepak Malaysia - KBS
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menggunakan model Liga Bola Sepak Malaysia dalam menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara.
SUKMA 2024: Putri Nurrafqistina Damia sumbang emas keempat taekwondo Perlis
Putri Nurrafqistina Damia Md Roshidi membuktikan wakil wanita Perlis tiada tandingannya apabila menyumbang emas keempat Perlis menerusi acara taekwondo.
Arab Saudi kenakan caj baharu RM326 setiap visa haji
Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) ke atas setiap jemaah bagi setiap visa yang dikeluarkan mulai musim Haji 1441H/2020M, kata Menteri di Jaba