PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 100 nelayan warga asing di sekitar kawasan Semerak dan Tok Bali di sini, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK), dalam membasmi pekerja nelayan warganegara asing tanpa izin dan mengekang penyalahgunaan dadah.
"Kami melaksanakan operasi ini hasil maklumat risikan yang mendapati terdapat penambahan mencurigakan dalam kalangan nelayan warganegara asing bekerja di bot zon C dan C2 di sekitar Semerak dan Tok Bali," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Erwan berkata operasi itu melibatkan seramai 78 pegawai dan anggota, dengan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang Akta Akta APMM 2004, Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata 11 orang turut ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menyalahgunakan dadah.
"Kesemua tahanan itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan sebelum diserahkan kepada JIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 5 pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK).

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.