SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan menyelamatkan sekumpulan 15 rakyat Filipina, kebanyakannya kakitangan pengajar Kolej Politeknik Tawi-Tawi yang hanyut ke perairan Malaysia, Sabtu lepas.
Timbalan Pengarah Operasi APMM Zon Sandakan Komander Ahmad Firdaus Shaari berkata pihaknya dimaklumkan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) terdapat sebuah kapal tenggelam di perairan berhampiran Kinabatangan.
"Mereka (mangsa) sedang dalam pelayaran dari Pulau Bongao ke Pulau Taganak di Filipina (sejauh 199km) untuk melaksanakan sebuah program apabila enjin kapal mereka menghadapi masalah dan tidak dapat dibaiki.
"Kapal itu kemudian hanyut ke dalam perairan kita (Malaysia) dan ombak kuat menolak mereka sehingga terdampar di pantai sebuah pulau di Kinabatangan dan mereka menyedari kapal mereka beransur-ansur tenggelam," katanya kepada pemberita sebelum menghantar mangsa-mangsa kapal karam itu ke sempadan perairan Malaysia-Filipina, dengan Tentera Laut Filipina menanti ketibaan mereka, semalam.
Ahmad Firdaus berkata kesemua mangsa terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita dibawa ke Sandakan untuk menjalani saringan COVID-19 dan kesemua mereka didapati bebas jangkitan virus itu dan disediakan penginapan serta makanan selain daripada keperluan lain sementara urusan penghantaran mereka pulang ke Filipina diatur.
Beliau berkata kira-kira 40 staf APMM mengiringi mangsa dengan tiga bot dan sebuah kapal ke sempadan.
Seorang daripada penumpang kapal Filipina itu, Karnahar Mayan, 41, berkata dia dan rakan-rakannya sedang dalam pelayaran untuk menjalankan penilaian latihan di Pulau Taganak apabila kapal mereka rosak di tengah laut.
"Kami berlepas dari Pulau Bongau pada pagi 6 Jan, kemudian sekitar pukul 11.30 pagi kapal itu rosak dan kami terkandas di laut.
"Kapten kapal itu dan mekanik cuba membaiki enjinnya tetapi sehingga keesokan paginya (7 Jan) apabila kami bangun tidur, kami masih lagi berada di laut," katanya sambil menambah kira-kira pukul 6 petang (hari sama), ombak yang kuat menolak kapal itu ke pantai.
Karnahar berkata penumpang dan kru kapal itu naik ke dek atas kapal dan bernasib baik kerana ada orang menangkap ketam di pulau itu yang kemudian membekalkan mereka dengan makanan dan memaklumkan keadaan mereka kepada pihak berkuasa.
Dia berkata mereka diselamatkan kira-kira 2 petang keesokan harinya (Sabtu, 8 Jan) dan menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada pihak berkuasa Malaysia, terutamanya APMM di atas layanan baik mereka sepanjang mereka berada di Sandakan sementara menanti untuk dihantar pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Sebahagian pensyarah kolej Tawi-Tawi dan krew kumit MV Dayang Jubaira diserahkan kepada Tentera Laut Filipina oleh APMM di sempadan perairan Malaysia-Filipina, di Sandakan, 10 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Waran ICC langkah kritikal mempertanggungjawab pemimpin Israel - BDS
BDS menyeru negara agar mengambil tindakan lebih lanjut dengan memenuhi kewajipan mereka untuk mengenakan sekatan sasaran ke atas Israel.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
Tumpuan Jumaat – 22 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (21 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Filipina bawa keluar rakyat dari Sudan 'dalam tempoh 24 jam'
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina pada Isnin berkata pihaknya sedang bersiap sedia untuk memindahkan sehingga 50 rakyatnya yang terkandas di Sudan.
APMM selamatkan 15 rakyat Filipina selepas kapal dinaiki hanyut ke perairan Malaysia
Pihaknya dimaklumkan oleh Esscom terdapat sebuah kapal tenggelam di perairan berhampiran Kinabatangan.
Malaysia harap untuk hantar rakyat bersenjata Filipina segera
Malaysia berharap untuk menghantar balik lebih 100 rakyat Filipina bersenjata api yang menceroboh Lahad Datu, Sabah, Selasa lepas, dalam masa terdekat.