MANILA: Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina pada Isnin berkata pihaknya sedang bersiap sedia untuk memindahkan sehingga 50 rakyat warga Filipina yang terkandas di Sudan.

Timbalan Setiausaha Luar Eduardo de Vega berkata kumpulan pertama kemungkinan akan meninggalkan Khartoum, ibu negara Sudan 'dalam tempoh 24 jam', lapor Xinhua.

Beliau berkata sebuah bas akan membawa rakyat Filipina dari Khartoum ke utara Sudan dekat dengan sempadan Mesir, sebelum menuju ke sebuah lapangan terbang yang terletak di Aswan City.

Ramai rakyat Filipina di Sudan tidak mempunyai dokumen dan kira-kira 500 rakyat Filipina telah menghantar e-mel kepada kedutaan Filipina di Mesir untuk mendaftar.

-- BERNAMA