Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal kargo warga China yang dilaporkan jatuh ke dalam laut di perairan Selangor, pada Khamis.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata mangsa Yang Kai Kai, 29, disedari hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika kapal berkenaan dalam perjalanan melalui Selat Melaka dari Hong Kong ke Brazil.
"Mangsa disahkan jatuh ke dalam laut oleh nakhoda kapal berkenaan. Dia disyaki tidak memakai jaket keselamatan dan hilang pada kedudukan 17.2 batu nautika barat daya Pulau Ketam.
"Op SAR diaktifkan pada pukul 9.30 malam sebaik menerima maklumat berkaitan kehilangan mangsa daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Mohammad Rosli berkata APMM menggerakkan bot Penggalang 31 dan helikopter AS365N3 Dauphin ke lokasi kejadian dengan dibantu aset Pasukan Polis Marin iaitu PC32 dan bot RHIB3 milik Tentera Laut Diraja Malaysia untuk mencari mangsa.
Beliau berkata operasi SAR dibahagikan kepada empat sektor merangkumi kawasan berkeluasan 182 batu nautika persegi dari perairan One Fathom Bank (OFB) hingga ke Beting Angsa di perairan Selangor.
Katanya, pencarian mangsa akan diteruskan sehingga kru kapal kargo itu dijumpai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 21 2020

APMM menggerakkan bot Penggalang 31 dan helikopter AS365N3 Dauphin ke lokasi kejadian dengan dibantu aset Pasukan Polis Marin iaitu PC32 dan bot RHIB3 milik TLDM untuk mencari mangsa. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.